Showing posts with label PCB. Show all posts
Showing posts with label PCB. Show all posts

Thursday, 13 March 2025

INTEL desktop board repair

Hari ini saya dirujuk sekeping papan litar desktop untuk kegunaan CCTV seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Desktop motherboard...

Saya tidak pasti apa masalahnya namun pemilik meminta untuk menggantikan dua biji kapasitor yang kembung sahaja seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

INTEL desktop board

Nilai kedua-dua kapasitor tersebut ialah 820uf, 6.3v dan masalah kapasitor kembung biasanya adalah disebabkan panas melampau.

Gantikan kapasitor yang kembung...

Punca kapasitor mengalami panas melampau sehingga mengakibatkannya kembung ialah:-

  1. high ESR
  2. nilai kapasitan telah merosot
Kapasitor yang rosak...

Masalah kedua-dua kapasitor tersebut ialah nilai kapasitannya telah merosot seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY...

Friday, 8 January 2021

Suis sentuh menggunakan MOSFET

Sebelum ini saya ada kongsikan cara memeriksa N-channel MOSFET dan anda boleh rujuk di sini. Saya juga pernah kongsikan cara membuat suis sentuh dengan menggunakan transistor dan anda boleh rujuk di sini.

MOSFET

Hari ini saya kongsikan pula cara membuat suis sentuh dengan menggunakan sebiji MOSFET. Litarnya telah saya tunjukkan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Touch switch using MOSFET

MOSFET yang saya gunakan ialah N-channnel 5N80 (5A, 800V).

Terminal negatif bateri disambung terus ke terminal Source (S) pada mosfet dan terminal positif bateri pula disambung sebiji lampu LED serta perintang sebelum disambung ke terminal Drain (D) pada mosfet.

Perintang yang saya guna ialah 1kΩ dan bertujuan supaya lampu LED tidak hangus sebab menggunakan bateri 9v.

Lampu LED akan menyala apabila terminal Gate (G) dan terminal positif bateri disentuh serentak manakala lampu LED akan padam apabila terminal Gate (G) dan terminal negatif bateri disentuh serentak seperti boleh dilihat pada klip video di bawah.

Perbezaan suis sentuh menggunakan transistor dan mosfet ialah, lampu LED kekal menyala/padam walaupun tidak disentuh lagi selepas itu. 

Jika menggunakan transistor, lampu LED hanya menyala apabila disentuh sahaja namun padam jika tidak disentuh lagi selepas itu.

Selamat mencuba...

Monday, 4 January 2021

DIY Drag Racing christmas tree/light (countdown starter)

Bulan lepas saya ada membuat satu litar berkonsepkan lampu trafik untuk kegunaan memulakan perlumbaan drag dan hanya melibatkan 3 lampu sahaja. Anda boleh rujuk di sini untuk keterangan lanjut.

Drag Race 5 light schematic

Saya diberitahu ianya tidak sesuai sebab banyak pelumba yang melakukan 'jump start' sebab tidak biasa dengan konsep lampu trafik rekaan saya tersebut.

Jadi, saya disuruh menambah dua biji lagi lampu supaya pelumba lebih bersedia untuk mengurangkan masalah 'jump start'.

Setelah dikaji litar yang lepas dan ubahsuai dilakukan, lakaran litar terakhir saya ialah seperti pada gambar di atas. Saya tambahkan dua biji lagi lampu berwarna kuning seperti berikut:-

  1. Merah - Bersedia
  2. Kuning - 1
  3. Kuning - 2
  4. Kuning - 3
  5. Hijau - pecut...

Litar kali ini saya lengkapi dengan butang 'reset' dan ianya disambung kepada pin 16 dan pin 15. Setiap kali butang 'reset' ditekan, ianya akan terus kembali ke lampu merah dan tidak berkelip sehingga butang 'reset' dilepaskan.

Siap...

Klip video di bawah saya rakam setelah siap kerja ubahsuai dilakukan pada litar lampu trafik dan kini ianya dilengkapi dengan 5 biji lampu.

Semoga rekaan kali ini mampu membantu pelumba mengurangkan 'jump start' dan proses penganjuran akan berjalan dengan lebih lancar lagi.

Selamat mencuba...

Saturday, 2 January 2021

Suis sentuh menggunakan transistor

Hari ini saya kongsikan cara membuat suis sentuh (touch switch) dengan menggunakan sebiji transistor sahaja.

NPN vs PNP transistor

Secara amnya terdapat dua jenis transistor iaitu NPN dan PNP. Setiap transistor mempunyai 3 terminal yang berlabel C (Collector), B (Base) dan E (Emitter) seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Terdapat bermacam-macam jenis transistor dan ianya dilabel dengan berbagai-bagai nombor rujukan. Huruf di depan pada nombor rujukan transistor boleh digunakan untuk menentukan samada ianya NPN atau PNP. Huruf yang sering digunakan ialah A, B, C & D.

Transistor yang dilabel dengan A & C ialah transistor jenis NPN manakala B & D pula ialah transistor jenis PNP.

Terdapat juga transistor yang di label dengan huruf S seperti S8050 dan S8550. S8050 ialah transistor jenis NPN manakala S8550 pula ialah transistor jenis PNP.

Cara paling mudah untuk menentukan samada ianya transistor jenis NPN atau PNP ialah dengan merujuk kepada 'datasheet' transistor masing-masing.

Perbezaan utama transistor NPN dan PNP ialah pada terminal E (Emitter). Anak panah pada simbol transistor merujuk kepada pergerakan sehala arus elektrik dan fungsinya sama seperti diod.

Arus elektrik mengalir dari positif ke negatif dan ini bermaksud, terminal E (emitter) untuk transistor NPN harus disambung ke negatif bekalan elektrik manakala untuk transistor PNP pula harus disambung ke positif bekalan elektrik. Transistor tidak akan berfungsi jika disambung terbalik.

Touch switch schematic

Gambar di atas menunjukkan litar paling mudah menggunakan transistor untuk berfungsi sebagai suis. Kedua-dua transistor NPN dan PNP boleh digunakan dan perbezaannya ialah di mana terminal B (Base) harus disambung pada litar.

Transistor NPN hanya akan berfungsi apabila terminal B (Base) disambung kepada terminal positif litar manakala transistor PNP pula hanya akan berfungsi apabila terminal B (Base) disambung kepada terminal negatif litar.

Siap...

Gambar di atas menunjukkan suis sentuh yang telah saya buat menggunakan transistor NPN berlabel BC546 dan saya tambah perintang pada litar supaya lampu LED tidak hangus sebab menggunakan bekalan elektrik 9v.

Perintang tidak diperlukan jika anda menggunakan bekalan elektrik 3v sahaja.

Testing...

Litar ini juga boleh berfungsi dengan menyentuh menggunakan aliran air seperti boleh dilihat pada klip video di bawah.


Selamat mencuba...

Friday, 25 December 2020

DIY Knight Rider Light bar

Artikel saya sebelum ini ada penerangan berkenaan dengan dua biji IC (intergrated circuit) iaitu '555 timer IC' dan 'CD4017BE decade counter IC'. Kombinasi kedua-dua IC tersebut boleh digunakan untuk merekacipta banyak litar dan hari ini saya kongsikan satu lagi kegunaannya.

Knight Rider Light bar schematic

Pada tahun 80an, terdapat satu cerita bersiri bertajuk Knight Rider dan ikon utamanya ialah sebuah kereta canggih berwarna hitam yang dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan. Salah satu keunikan pada kereta tersebut ialah lampu indikator hadapannya yang berkelip-kelip dari kiri ke kanan dan kembali semula secara berulang-ulang.

Gambar di atas merupakan lakaran litar yang saya guna untuk membuat lampu indikator seperti pada kereta cerita bersiri Knght Rider.

Komponen yang diperlukan ialah:-

  1. sebiji 555 timer IC
  2. sebiji CD4017 decade counter IC
  3. 11 biji 1N4148 diod
  4. 7 biji lampu LED berwarna merah
  5. sebiji perintang 1kΩ, 560Ω & 10kΩ
  6. sebiji kapasitor 10uF, 0.1uF(104) & 0.01uF(103)
  7. sebiji potentiometer 10kΩ 

Siap...

Gambar di atas menunjukkan kesemua komponent telah siap saya pasang mengikut lakaran litar pada gambar pertama di atas.

Klip video di atas dan di  bawah saya ambil ketika menguji rekaan di atas dengan membekalkan elektrik 9v. Litar tersebut boleh berfungsi dengan dibekalkan elektrik serendah 3v sehingga 15v dan ianya boleh disambung terus kepada majoriti kereta yang menggunakan sebiji bateri 12v tanpa masalah.

Kelajuan pergerakan lampu LED tersebut boleh diubah dengan melaras potentiometer 10kΩ yang berwarna biru/putih.


 Selamat mencuba...

Thursday, 24 December 2020

CD4017BE decade counter IC

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, hari ini saya kongsikan pula fungsi serta kegunaan 'decade counter IC' atau juga dikenali sebagai 'step switch IC' yang berlabel CD4017BE.

Fungsi IC ini ialah sebagai suis dan ia mempunyai 10 output seperti yang dilable dari Q0 sehingga Q9 pada gambar di atas. Berikut merupakan ringkasan untuk setiap pin IC tersebut.

Pin Number

Pin Name

Description

1 to 7 and 9,10,11

Output pins Q0 to Q9

These are the 10 output pins on which the counting occurs, they are not in order hence verify pin diagram above

8

Vss or Ground

Connected to the Ground of the circuit

12

Carry Out (CO)

This pin goes high after the IC counts from 1 to 10. This is used as carry while counting.

13

Clock Enable (EN)

This is an input which when made high will hold the count at the current state

14

Clock

The counting happens when this clock pulse goes high , this pin is normally connected to 555 timer or other uC to produce a pulse

15

Resets

As the name suggests this pin resets the count back to 1

16

Vdd / Vcc

Connects to the supply voltage (3V - 15V)

Gambar di bawah merupakan ringkasan lakaran 'schematic' saya untuk 'CD4017BE decade counter IC' supaya mudah difahami.

Decade counter IC schematic

Cara pendawaiaan untuk 'CD4017BE decade counter IC' adalah seperti pada gambar di atas  dan urutan output akan bermula dari pin 3, 2, 4, 7, 10, 1, 5, 6, 9 & 11. Selepas berakhir di pin 11 ia akan kembali semula ke pin 3 dan mengulangi urutan yang sama tanpa henti.

Urutan pergerakan setiap pin yang saya nyatakan di atas hanya akan bermula apabila ada 'input signal' pada pin 14 dan biasanya dalam bentuk denyutan (pulse) dari 'timer'. Contoh timer yang pernah saya kongsikan sebelum ini ialah dengan menggunakan '555 timer ic' dan anda boleh rujuk di sini.

Sekiranya tiada 'pulse' pada pin 14, hanya lampu LED pada pin 3 sahaja yang menyala.

Gabungan 555 timer IC dan 4017 decade counter IC

Gambar di atas menunjukkan 'schematic' gabungan '555 timer ic' dan '4017 decade counter IC'. Jika dibekalkan arus elektrik (6v - 12v), lampu LED akan menyala mengikut urutan dari atas ke bawah (pin 3 sehingga ke pin 11) secara berulang-ulang.

Kelipan lampu LED pada '555 timer IC' yang disambung di pin 3 (atau pin 14 pada 'CD4017BE decade counter') menunjukkan kekerapan lampu LED pada 'CD4017BE decade IC' bergerak mengikut urutan.

Kelajuan pergerakan lampu LED boleh diubah dengan melaras potentiometer yang disambung di pin 6 & pin 7 pada '555 timer IC'.

Selamat mencuba...

Wednesday, 23 December 2020

555 timer IC (Astable mode)

Sebelum ini saya ada membuat satu litar untuk lampu trafik menggunakan sebiji IC berfungsi sebagai 'timer' yang paling popular iaitu '555 timer IC'. Anda boleh rujuk litar lampu trafik tersebut di sini.

555 tmer IC pinout

Gambar di atas menunjukkan 'pinout' IC tersebut dan untuk keterangan lanjut sila rujuk 'datasheet' di sini. Berikut merupakan ringkasan untuk setiap pin pada IC tersebut.

Pin No.
Pin Name Pin Function
1 Ground Pin 1 connects the 555 timer chip to ground.
2 Trigger Pin 2 is the trigger pin. It works like a starter pistol to start the 555 timer running. The trigger is an active low trigger, which means that the timer starts when voltage on pin 2 drops to below 1/3 of the supply voltage. When the 555 is triggered via pin 2, the output on pin 3 goes high.
3 Output Pin 3 is the output pin. 555 timer's output is digital in nature. It is either high or low. The output is either low, which is very close to 0V, or high, which is close to the supply voltage that's placed on pin 8.
The output pin is where you would connect the load that you want the 555 timer to power. This may be an LED, in the case of a 555 timer LED flasher circuit.
4 Reset Pin 4 is the reset pin. This pin can be used to restart the 555 timer's timing operation.
This is an active low input, just like the trigger input. Thus, pin 4 must be connected to the supply voltage of the 555 timer to operate. If it is momentarily grounded, the 555 timer's operation is interrupted and won't start again until it's triggered again via pin 2.
5 Control Voltage Pin 5 is the control pin. In most 555 timer circuits, this pin is simply connected to ground, usually through a small capacitor, about 0.01 µF capacitor. This capacitor serves to level out any fluctuations in the power supply voltage that might affect the operation of the timer.
Some circuits (though rare) do use a resistor between the control pin and Vcc to apply a small voltage to pin 5. This voltage alters the threshold voltage, which in turn changes the timing interval. Most circuits do not use this capability, though.
6 Threshold Pin 6 is the threshold pin. The purpose of this pin is to monitor the voltage across the capacitor that's discharged by pin 7. When this voltage reaches 2/3 of the supply voltage (Vcc), the timing cycle ends, and the output on pin 3 goes low. 
7 Discharge Pin 7 is the discharge pin. This pin is used to discharge an external capacitor that works in conjunction with a resistor to control the timing interval. In most circuits, pin 7 is connected to the supply voltage through a resistor and to ground through a capacitor.
8 Power Supply (Vcc) Pin 8 is connected to the positive power supply voltage.
555 timer ICs need DC voltage in order to operate. This is the pin which connects to the DC voltage to power the 555 chip.
The voltage must be at least 5V and no greater than 16V. It's common to run 555 timer circuits using 6V or 9V.

Hari ini saya kongsikan 'schematic' untuk IC di atas dan gambar di bawah adalah lakaran saya untuk kegunaan projek pertama saya iaitu DIY lampu trafik.

Perkongsian kali ini hanya pada bahagian '555 timer IC' sahaja. Bahagian 'decade counter' atau 'step switch' akan saya kongsikan kelak.

Komponen yang diperlukan ialah:-

  1. Sebiji '555 timer ic'
  2. Sebiji bateri 9v
  3. sebiji kapasitor 0.1uf (104)
  4. sebiji kapasitor 0.01uF (103)
  5. sebiji kapasitor 10uF, 16v
  6. sebiji perintang 1kΩ
  7. sebiji perintang 10kΩ
  8. sebiji 'variable resistor' (VR) 10kΩ
  9. sebiji lampu LED 

555 timer ic schematic

Saya telah uji litar tersebut dan ianya boleh berfungsi dengan bekalan elektrik serendah 3v sahaja sehingga 18v iaitu voltan maksima untuk IC tersebut seperti tercatat pada 'datasheet'.

Testing...

Gambar di atas diambil setelah semua komponen telah dipasang kepada IC dan apabila dibekalkan 9v kepadanya, lampu indikator LED berwarna putih akan berkelip-kelip seperti boleh dilihat pada klip video di bawah. Kekerapan lampu LED tersebut berkelip boleh diubah hanya dengan melaras 'variable resistor' (VR) atau juga dikenali sebagai 'potentiometer' yang berwarna biru/putih sahaja.

Jika anda lihat pada litar projek DIY lampu trafik saya yang lepas, lampu indikator tersebut tiada sebab tidak dipasang. Tujuan lampu indikator tersebut dipasang kali ini ialah untuk mempastikan ianya berfungsi.

Cara memasang lampu indikator tersebut ialah dengan sambungkan ke pin 1 & 3. Sebiji perintang 1kΩ disambung bersiri dengan tujuan sebagai keselamatan supaya lampu LED tidak hangus jika litar tersebut dibekalkan voltan melebihi 3v. 

Untuk makluman semua, sebiji lampu LED hanya mampu bertahan sehingga maksima 3v sahaja. Biasanya ia beroperasi dengan selamat di bawah 3v.

Jika anda tidak mempunyai IC seperti di atas, cara lain untuk membuat timer ialah dengan menggunakan transistor dan akan saya kongsikan pada artikel akan datang.

Selamat mencuba...

Monday, 14 December 2020

DIY lampu trafik

Minggu lepas ketika saya menghantar kereta untuk dibaiki, pemilik bangkel yang juga mekanik meminta saya membuatkan litar lampu untuk memulakan perlumbaan drag dengan hanya menekan butang suis sekali sahaja dan lampunya akan menyala mengikut urutan secara automatik

Traffic light schematic diagram

Setelah perbincangan selesai, saya dapati konsep yang dia perlukan adalah sama seperti lampu trafik iaitu bermula dengan lampu merah, selepas itu kuning dan akhir sekali hijau untuk memulakan perlumbaan.

Komponen yang di perlukan...

Gambar pertama di atas merupakan 'schematic' yang telah saya lakar dan digunakan untuk membuat lampu trafik rekaan saya. Komponen yang di perlukan ialah:-

  1. Papan litar (PCB)
  2. Sebiji 'timer' - NES555P
  3. Sebiji 'step switch' - CD4017BE
  4. 5 biji diod 1N4148
  5. 3 biji perintang 680Ω
  6. Sebiji  perintang 22kΩ
  7. Sebiji perintang 100kΩ
  8. Sebiji kapasitor seramik 0.1uF (104)
  9. Sebiji kapasitor 10uF, 16v
  10. Sebiji kapasitor 1uF, 16v
  11. 3 biji lampu LED (merah, kuning dan hijau) 

Siap...

Klip video di bawah saya ambil setelah kerja-kerja memasang kesemua komponen ke papan litar siap dan diuji dengan bekalan bateri 9v sahaja. Litar yang saya reka di atas boleh berfungsi dengan voltan minimum iaitu 3v sehingga maksimum 18v tanpa masalah.

Jika rekaan saya di atas diterima, saya perlu memasang sebiji suis utama serta 3 biji relay untuk mengerakkan lampu yang bakal disambungkan kepadanya kelak.


Selamat mencuba...