Friday 25 December 2020

DIY Knight Rider Light bar

Artikel saya sebelum ini ada penerangan berkenaan dengan dua biji IC (intergrated circuit) iaitu '555 timer IC' dan 'CD4017BE decade counter IC'. Kombinasi kedua-dua IC tersebut boleh digunakan untuk merekacipta banyak litar dan hari ini saya kongsikan satu lagi kegunaannya.

Knight Rider Light bar schematic

Pada tahun 80an, terdapat satu cerita bersiri bertajuk Knight Rider dan ikon utamanya ialah sebuah kereta canggih berwarna hitam yang dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan. Salah satu keunikan pada kereta tersebut ialah lampu indikator hadapannya yang berkelip-kelip dari kiri ke kanan dan kembali semula secara berulang-ulang.

Gambar di atas merupakan lakaran litar yang saya guna untuk membuat lampu indikator seperti pada kereta cerita bersiri Knght Rider.

Komponen yang diperlukan ialah:-

  1. sebiji 555 timer IC
  2. sebiji CD4017 decade counter IC
  3. 11 biji 1N4148 diod
  4. 7 biji lampu LED berwarna merah
  5. sebiji perintang 1kΩ, 560Ω & 10kΩ
  6. sebiji kapasitor 10uF, 0.1uF(104) & 0.01uF(103)
  7. sebiji potentiometer 10kΩ 

Siap...

Gambar di atas menunjukkan kesemua komponent telah siap saya pasang mengikut lakaran litar pada gambar pertama di atas.

Klip video di atas dan di  bawah saya ambil ketika menguji rekaan di atas dengan membekalkan elektrik 9v. Litar tersebut boleh berfungsi dengan dibekalkan elektrik serendah 3v sehingga 15v dan ianya boleh disambung terus kepada majoriti kereta yang menggunakan sebiji bateri 12v tanpa masalah.

Kelajuan pergerakan lampu LED tersebut boleh diubah dengan melaras potentiometer 10kΩ yang berwarna biru/putih.


 Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.