Sunday 6 December 2020

PHILIPS HD4646/70/A repair

Beberapa hari yang lepas saya dirujuk sebuah cerek elektrik berjenama PHILIPS, Model: HD4646/70/A dengan masalah butang suis tidak berfungsi bila ditekan.

Jenama: PHILIPS

Tidak berfungsi yang saya maksudkan ialah suis hanya berfungsi bila suis ditekan. Apabila dilepaskan ianya kembali ke posisi asal iaitu 'OFF'.

Model: HD4646/70/A

Saya sempat mengujinya sebelum dibuka untuk diperiksa. Ianya juga tidak memasak walaupun suis ditekan dengan jari tanpa dilepaskan.

Buka penutup suis...

Benda pertama yang saya periksa ialah buka penutup bahagian bawah cerek dan periksa elemen pemanasnya sebab jika elemen pemanas rosak, biasanya tidak dapat dibaiki sebab tiada alat ganti.

Keluarkan butang suis...

Elemen pemanasnya elok dan seterusnya saya buka suis tersebut dan mendapati kepingan logam yang bertindak sebagai thermostat agak jauh dan menjadi punca suis tidak melekat setelah ditekan.

Proses leraikan suis...

Saya bengkokkan sedikit kepingan logam tersebut dan suis tersebut telah boleh berfungsi semula namun setelah dipasang kembali serta diuji, suis tersebut hanya berfungsi sekali saja.

Buka lagi...

Berfungsi sekali sahaja yang saya maksudkan di atas ialah, setelah suis ditekan cerek tersebut boleh memasak air dan padam setelah air mendidih namun suis kembali gagal berfungsi semula seperti mula-mula dirujuk kepada saya di atas.

Dah lerai, tak boleh baiki...

Seterusnya saya buka leraikan suis tersebut seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan mendapati 'contact' pada suis telah rosak akibat ada percikan api serta tidak selamat untuk digunakan walaupun berjaya dibaiki.

Suis baru...

Suis tersebut juga tidak ada alat gantinya di pasaran dan saya ambil suis yang elok dari cerek yang telah rosak elemen pemanas serta tidak mampu dibaiki.

Setelah suis tersebut saya tukar dan diuji, masalah selesai dan cerek tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh berkhidmat semula.

Tested - ok

Jika anda berminat dengan kerja-kerja baiki-membaiki, anda kini harus tahu kenapa kedai membaiki peralatan elektrik/elektronik juga dipenuhi dengan barangan rosak dan tujuannya ialah untuk mendapatkan alat ganti yang tiada dijual di pasaran.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.