Wednesday 9 December 2020

Baiki TV CRT LG 29FU1RLX-T1

Minggu lepas saya dirujuk sebuah TV jenis CRT dengan masalah gambar cekung seperti boleh dilihat pada gambar di bawah apabila diuji.

Gambar pada layar cekung...

Masalah skrin cekung seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Papan litar...

Dipendekkan cerita saya periksa komponen yang rosak seperti pada artikel lepas namun tiada yang rosak ditemui.

Optocoupler PC-L171 rosak...

Oleh kerana tiada komponen yang rosak ditemui, saya pasang kembali papan litarnya dan uji TV semula. TV yang pada mulanya boleh dihidupkan kini lampu merah 'standby' hanya berkelip sekali sahaja dan terus padam selepas itu.

Testing...

Masalah dengan simptom lampu 'standby' yang hanya berkelip sekali juga pernah baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini. Kerosakkannya ialah pada sebiji optocoupler yang berlabel PC-17L1.

Tested - ok

Setelah optocoupler PC-17L1 saya tukar dan uji semula TV CRT tersebut, ianya boleh dihidupkan dan masih boleh digunakan semula.

Jika TV padam sendiri, tukar auto sleep ke 'OFF'

Tidak semua simptom yang sama mengalami kerosakkan yang sama berpandukan pengalaman lepas seperti yang saya kongsikan di atas. Pun begitu, pengalaman lepas boleh membantu memudahkan proses 'troubleshooting' serta menjimatkkan masa.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.