Saturday, 5 December 2020

SIGMA Elevator LG50-EE PSU repair

Sebelum ini saya pernah membaiki PSU (power supply unit) seperti ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

PSU 110vac

Kali ini saya dirujuk lagi sebuah PSU yang serupa dengan masalah langsung tidak berfungsi apabila 110vac dibekalkan kepadanya.

Model: LG50-EE

Pemeriksaan awal setelah dibuka tidak menemui sebarang kerosakkan dengan pandangan mata kasar.

Komponen yang rosak...

Seterusnya saya buka kapasitor seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas untuk diperiksa. Ianya saya periksa dahulu sebab merupakan punca masalah dari pengalaman lepas.

2.2uF, 50v - rosak

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan tiada bacaan pada pada mumtimeter untuk kedua-dua kapasitor tersebut dan ianya rosak serta perlu diganti.

47uF, 50v - rosak

Setelah siap menukar kedua-dua kapasitor tersebut dan dibekalkan arus elektrik, kini lampu LED berwarna hijau menyala seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Testing...

Gambar-gambar berikut menunjukkan bacaan voltan output apabila diukur, kesemuanya kembali normal dan telah berjaya diselamatkan.

5vdc

PSU ini digunakan pada lif dan ianya membekalkan output 5v, 15v & -15v.

15vdc

Kapasitor yang digunakan pada PSU ini ialah buatan Korea bejenama SAM YOUNG.

-15vdc

Selamat mencuba...

2 comments:

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.