Saturday 26 December 2020

LG 60PN6500.ATS Plasma TV repair

TV ini pernah dirujuk kepada saya tahun lepas pada masa yang hampir sama iaitu ketika cuti christmas dan anda boleh rujuk di sini.

Litar pintas pada 2 biji IGBT...

Kali ini dia kembali dengan masalah yang sama iaitu layar tidak menyala namun kali ini ada suara. Sebelum dibuka untuk diperiksa, saya sempat mengujinya dan apabila butang 'power' ditekan, bunyi klik kedengaran namun layar tidak menyala.

RJP30H2A

Saya buka dan periksa kesemua komponen yang telah ditukar pada 'Ysus board' sebelum ini dan kali hanya dua biji IGBT berlabel RJP30H2A yang mengalami litar pintas dan telah saya tandakan pada gambar pertama di atas.

Siap ditukar...

Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar Ysus tidak menemui sebarang komponen lain yang rosak selain dua biji IGBT sahaja dan lokasinya ialah seperti yang telah saya tanda pada gambar di atas.

Voltage setting...

Setelah IGBT yang rosak di atas saya tukar dan diuji, layar TV tersebut kini menyala dan berikut merupakan bacaan voltan yang harus diperiksa. Ianya ada tercatat pada pelekat bahagian atas dalam TV seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

VA - 55v

Bacaan asalnya ada sedikit berbeza dan kesemuanya telah saya laraskan mengikut spesifikasi asal (voltage setting) seperti tercatat pada pelekatnya di atas.

VS - 203v

VSC - 150v

5v

18v

Sehingga blog ini ditulis, TV tersebut telah saya uji seharian semalam setelah siap dibaiki tanpa masalah.

Testing...

Tested - ok

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.