Komputer riba ini dirujuk kepada saya dengan masalah butang 'power' tidak berfungsi bila ditekan dan ianya tidak dapat dihidupkan.
![]() |
Acer Aspire Switch 10 |
Pemilik memberitahu saya ianya telah dirujuk kepada pihak acer dan tidak mampu dibaiki berikutan tiada alat gantinya dan meminta saya untuk cuba membaikinya.
![]() |
Model: Aspire Switch 10 |
Sebelum dibuka, saya sempat menguji dengan menekan butang 'power' dan ianya sah langsung tidak berfungsi setelah ditekan. Butang tersebut juga kelihatan tengelam dan tidak timbul seperti biasa.
![]() |
Setelah penutup belakang dibuka... |
Setelah dibuka dan diperiksa, saya dapati butang 'power' tidak menyentuh suis di dalamnya seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.
![]() |
Butang 'power' tidak menyentuh suis... |
Apa yang saya lakukan ialah potong sekeping plastik dan gamkan pada butang suis tersebut supaya boleh menyentuh suis pada papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
![]() |
Tambah bahagian yang hilang... |
Setelah gam kering saya pasang kembali butang suis ke kedudukan asal dan ianya kini menyentuh suis pada papan litar seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.
![]() |
Testing... |
Bahagian yang berwarna putih yang saya tandakan pada gambar di atas ialah kepingan plastik yang telah saya gamkan pada butang 'power' tersebut.
![]() |
Siap... |
komputer riba tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula. Kadang-kadang kerja membaiki seperti masalah di atas hanya memerlukan 'pemikiran di luar kotak' sahaja dan tidak perlu mencari alat gantinya untuk kembali berfungsi semula.
![]() |
Tested - ok |
Fikir-fikirkan dan selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.