Minggu lepas saya dirujuk sebuah CPU berjenama Dell, Model: OPTIPLEX 380 dengan masalah ianya akan padam dengan sendiri setelah beberapa jam digunakan.
Dell OPTIPLEX 380 CPU motherboard |
Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, hanya sebiji kapasitor dengan nilai 1000uF, 6.3v kelihatan kembung dan ianya perlu diganti.
Kapasitor 1000uF, 6.3v rosak... |
Apabila kapasitor tersebut dikeluarkan dari papan litar serta di ukur, bacaannya cuma tinggal 480uF seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
1000uF cuma dapat bacaan 480uF sahaja... |
Saya biasanya tidak membuka kapasitor pada CPU sebab ianya disambung pada kedua belah papan litar dan susah dikeluarkan. Apa yang saya lakukan ialah dengan goyangkan kapasitor tersebut sehingga putus kedua-dua terminalnya dan pateri terus kapasitor baru pada bahagian atas papan litar.
Keluarkan kapasitor rosak... |
CPU tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah kapasitor yang kembung di atas ditukar.
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.