Saturday 12 December 2020

SHARP R854AST microwave repair

Ketuhar gelombang mikro (microwave) ini pernah saya baiki dua kali sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Kali ini ianya kembali dengan masalah kadang-kadang tidak dapat dihidupkan langsung apabila dibekalkan arus elektrik.

Kerosakkan sebegini paling susah dicari sebab biasanya jika diperiksa menggunakan multimeter tiada kerosakkan ditemui.

Apa yang saya lakukan ialah cuba microwave tersebut sehingga ianya tidak dapat dihidupkan, barulah saya membuat pemeriksaan.

Pemeriksaan mendapati thermal suis/thermostat pada magnetron didapati putus dan anda boleh melihatnya pada gambar di atas. Nilai thermal suis/thermostat tersebut ialah 13A, 180C.

Tukar thermal suis baru...

Sebenarnya saya telah syak thermostat/thermal suis tersebut bermasalah pada kali pertama dirujuk kepada saya namun saya tidak menukarnya sebab masih berfungsi dengan elok apabila diuji ketika itu.

Testing...

Beberpa hari selepas itu pemilik merujuk kembali mocrowave tersebut dengan masalah sama berulang dan apabila diperiksa, thermal fuse yang telah ditukar di atas juga masih elok.


Saya periksa juga magnetron menggunakan multimeter namun tiada kerosakkan ditemui tetapi apabila digoncang kedengaran ada benda yang tanggal seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Magnetron baru (kiri)

Saya gantikan magnetron dengan yang baru dan diuji berulang kali seperti boleh dilihat pada klip video di bawah. Suhu pada magnetron ketika digunakan hanya kira-kira 110C sahaja manakala thermal fius digunakan pula ialah 180C.


Selagi suhu tidak mencecah 180C, thermal suis/thermostat tidak akan putus dan sehingga blog ini ditulis, microwave tersebut telah seminggu diambil oleh pemilik dan tiada lagi masalah di atas berulang lagi.

Tested - ok

Ini merupakan penemuan baru saya berkaitan dengan kerosakkan magnetron. Lepas ini langkah wajib 'troubleshooting' magnetron ialah goncangkannya. Jika ada bunyi bermaksud ianya telah rosak dan harus diganti.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.