Wednesday 2 December 2020

Baiki dekoder ASTRO NJOI suara putus-putus

Decoder NJOI ini telah lama dirujuk kepada saya dan hari ini telah berjaya saya baiki.

DS830NA

Masalah dekoder ini ialah boleh dihidupkan, ada layar namun suara yang keluar dari speaker putus-putus seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Setelah dibuka dan diperiksa, saya tidak menemui sebarang komponen yang rosak namun saya syak sebiji IC yang berfungsi sebagai amplifier berlabel TL084C seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah rosak.

Setelah penutup dibuka...

IC tersebut tiada di pasaran tempatan dan saya terpaksa membelinya secara atas talian serta mengambil masa kira-kira sebulan untuk tiba.

TL084C rosak...

Setelah IC tersebut saya tukar dan diuji, skrin di bawah sahaja yang terpampang di skrin TV. Ini adalah disebabkan dekoder tersebut telah lama tidak digunakan dan dinyahakif (deactivate) oleh pihak astro.

Lama tak pakai...

Apa yang anda perlu buat ialah hantar sms seperti yang disuruh pada gambar di atas dan ianya akan diaktifkan (activate) dalam kira-kira beberapa minit kemudian.

Klip video di bawah saya ambil setelah pihak astro telah mengaktifkan dekoder tersebut dan suara putus-putus telah lenyap serta berjaya diselamatkan.

Selamat mencuba...

4 comments:

  1. Tuan, saya pun mengalami masalah yg sama mcm video yg tuan kongsikan. Suara astro putus2. Apa patut saya buat ya? Kena call pihak astro atau bagaimana? Dekoder astro ni pun dah lama sangat pakai. Sejak tahun 2009 tak silap saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika astro anda pakej berbayar, rujuk kepada pihak astro untuk gantikan dekoder dengan percuma. Kalau pakej njoi, beli dekoder baru atau hantar untuk dibaiki.

      Delete
  2. Tuan, bagaimana caranya menukar komponen TL084C itu?

    ReplyDelete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.