Sunday 27 December 2020

Flashing light D104 repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki lampu indikator seperti pada gambar di bawah di sini.

Hari ini saya dirujuk lagi beberapa biji lampu yang sama namun salah satunya menggunakan mentol seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Ianya merupakan model lama sebelum model yang menggunakan lampu LED diperkenalkan. Fungsinya sama dan perbezaannya cuma pada lampu mentol sahaja.

Model lama menggunakan sebiji mentol lampu seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Voltan mentol yang digunakan ialah 24v.

Model baru pula menggantikan lampu mentol dengan 4 biji LED yang disambung bersiri. Kerosakkan yang biasa berlaku ialah lampu mentol/LED hangus.

Lampu indikator ini juga mengalami kerosakkan mentol dan ianya kembali berfungsi setelah mentol yang hangus saya gantikan dengan yang baru. Pastikan voltan mentol yang ditukar adalah sama dengan asal iaitu 24v.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.