Monday 7 December 2020

Karcher K5.600 high pressure washer repair

Sabtu lepas saya dirujuk sebuah 'high pressure washer' berjenama KARCHER, Model: K5.600 dengan masalah pam motor tidak berhenti walaupun ianya tidak digunakan.

Jenama: KARCHER

Secara amnya motor 'high pressure washer' akan berhenti apabila tidak digunakan dan hanya mengepam ketika digunakan iaitu setelah picu ditekan.

Model: K5.600

Pemilik memberitahu saya pada mulanya suis pam tersebut rosak serta tidak dapat dipusing. Dia telah membukanya dan memasang suis baru seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Suis yang diubahsuai oleh pemilik...

Setelah dia mengubahsuai dengan memasang suis yang baru, pam tersebut terus mengepam sejurus sahaja suis dihidupkan tanpa henti-henti.

Suis asal dikunci skru...

Pemilik meminta bantuan saya untuk mengenalpasti serta memperbetulkan masalah pam motor yang tidak padam-padam sejurus sahaja suis dihidupkan.

Setelah penutup dibuka...

Pemilik juga memberitahu saya yang suis asal telah dibukanya setelah memasang suis baru. Menurutnya suis tersebut hanya berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik sahaja.

banyak harus dibuka untuk keluarkan suis...

Gambar di atas menunjukkan 'high pressure washer' tersebut telah saya leraikan untuk mengeluarkan bahagian suis. Setelah suisnya saya buka seperti boleh dilihat pada gambar di bawah, saya dapati banyak komponen di dalamnya telah hilang dan bahagian yang berwarna merah merupakan suis untuk memadamkan pam motor jika tidak digunakan.

Suis asal telah dibuka oleh pemilik...

Saya minta pemilik mencari semula komponen di dalam suis yang telah dibukanya dan gambar di bawah menunjukkan komponen asal suis telah dipasang semula.

Pasang kembali suis asalnya...

Setelah siap dipasang kembali kesemua yang telah saya leraikan di atas dan diuji, masalah pam motor tidak padam-padam telah selesai dan 'high pressure washer' tersebut telah kembali normal. Klip video di bawah dihanar oleh pemilik kepada saya ketika beliau mengujinya.


Jika anda mempunyai masalah suis pada 'high pressure washer' seperti di atas, pastikan anda tidak membuka/buang suis asalnya sebab ianya bukan sekadar sambung/putuskan bekalan elektrik sahaja.

Fahamkan dahulu fungsi peralatan elektrik anda sebelum membuat sebarang pengubahsuaian. Jika anda tidak faham, sila rujuk kepada pakar. Kesilapan pengubahsuaian boleh membahayakan pengguna.

Fikir-fikirkan...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.