Thursday, 10 December 2020

PAL vs NTSC

Minggu lepas saya telah dirujuk sebuah TV berjenama LG, Model 42PC3RV dengan masalah salah satu channel TV tidak berwarna (hitam putih sahaja).

Layar berwarna hitam putih sahaja...

TV tersebut digunakan di bilik sewa (hotel) yang dilengkapi beberapa channel astro dengan dekodernya masing-masing.

LG 42PC3RV

Ketika saya diberitahu masalah TV seperti di atas, saya yakin TV tidak rosak sebab jika rosak kesemua channel tidak berwarna dan bukannya hanya pada satu channel sahaja.

Converter (HDMI ke RCA/AV)

Bilik hotel tersebut dilengkapi dengan berbagai jenama serta model TV dan masalahnya hanya pada TV LG model 42PC3RV sahaja. Pemeriksaan pada rangkaian TV di hotel tersebut telah membawa saya ke bilik di mana semua dekoder yang menerima siaran di simpan.

PAL...

Saya mendapati dekoder astro untuk channel hitam putih di atas dilengkapi sebuah 'converter' sebelum disambung kepada sistem rangkaian TVnya. 'Converter' diperlukan sebab dekoder terbaru astro tidak mempunyai 'RCA output' dan hanya dilengkapi 'HDMI output' sahaja.

Apabila saya belek 'converter' tersebut saya dapati ianya dilengkapi dengan dua format iaitu PAL dan NTSC. Jadi saya cuba ubah pilihan asalnya iaitu PAL ke NTSC dan masalah selesai. Channel yang hanya berwarna hitam putih pada mulanya kini kembali berwarna.

NTSC

Kesimpulan masalah di atas ialah TV LG model 42PC3RV tidak dilengkapi dengan format PAL. Ianya hanya dilengkapi dengan format NTSC sahaja. Majoriti TV moden kini dilengkapi dengan kedua-dua format PAL & NTSC.

Dah ada warna kembali...

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.