Baru-baru ini saya dirujuk sebuah mesin pengadun (mixer) untuk mengadun campuran penampal gigi yang digunakan di klinik pergigian.
High Speed Capsule Mixer HSM3
Tiada jenama tertera pada badan mesin dan labelnya hanya menyatakan model sahaja iaitu HSM3.
Model: HSM3
Masalah mixer ini ialah gagal dihidupkan dan menurut pemilik ianya telah digunakan kira-kira 10 tahun.
Adapter elok - 24vdc
Pemeriksaan awal pada adapter elok dan membekalkan 24vdc seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Setelah penutup dibuka...
Setelah dibuka, papan litarnya tertera perkataan MONITEX dan boleh dilihat pada gambar di bawah dan saya yakin ianya adalah jenama mesin pengadun ini.
Papan litar 'microprocessor'...
Pemeriksaan awal mendapati ada bekalan 24v ke papan litar namun tiada bekalan 5v untuk kegunaan bahagian microprocessor pada papan litar.
Komponen yang didapati rosak...
Komponen yang ditemui rosak telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.
U2 = 688AX
U5 = ATMLH922
U6 = 8401L
Keluarkan komponen yang rosak...
Mesin boleh berfungsi setelah komponen yang rosak telah saya tanggalkan dari papan litar dan boleh ditonton pada klip video di bawah.
Masalah yang saya hadapi ialah komponen berlabel U2 dengan nombor rujukan 688AX tidak diketahui serta semakkan di dalam talian juga tidak menemui sebarang maklumat.
U5 - ATMLM922
Bentuk fizikal U2 kelihatan seperti transistor ataumosfet namun dilabel dengan huruf U yang bermaksud IC (integrated circuit). Transistor/mosfet biasanya dilabel dengan huruf Q.
U2 - 688AX
Mesin pengadun ini gagal saya baiki disebabkan tiada alat ganti untuk U2. Bagi memastikan tiada kerosakkan selain papan litar di atas, saya tanggalkan papan litar dan melakukan 'bypass'.
Sambungan ke papan litar 'microprocessor'...
Cara melakukan 'bypass' ialah dengan melakukan pintasan pada pin '+24v' & 'On' dan kedudukannya telah saya labelkan pada gambardi atas.
Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di atas.
Selamat berDIY...
Papan litar yang rosak di atas telah saya ganti pada 19/09/2025 dan kembali berfungsi semula seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.
'Protable juicer' berjenama Gaabor, model FP03T-WH01A ini dirujuk kepada saya dengan masalah gagal berfungsi serta tidak mengecas.
Jenama: Gaabor
Mengikut label, ianya menggunakan bateri lithium dengan kuasa 30W seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Model: FP03T-WH01A
Gambar di bawah ialah keadaan di dalamnya setelah penutup bahagian bawah dibuka dan di dalamnya banyak kesan berkarat.
Setelah penutup bahagian bawah dibuka...
Penemuan pertama ialah baterinya kehabisan cas dengan bacaan 0.032v sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Bateri lithium kehabisan cas...
Masalah tidak mengecas adalah disebabkan voltan bateri di bawah voltan minimum. Biasanya voltan minimum bateri lithium ialah di antara 2.5v sehingga 3v.
Testing - charging...
Nasib agak baik sebab baterinya tidak rosak dan masih boleh digunakan setelah saya cas secara manual.
Motor berkarat...
Setelah masalah bateri selesai, pengisar ini masih gagal berfungsi dan pemeriksaan seterusnya mendapatkan motornya berkarat dan gagal berpusing.
Dynamo masih elok dan perlu dibersihkan...
Masalah selesai setelah motornya telah saya selengara serta dibersihkan.
Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di atas.
Hari ini saya dirujuk sebuah pengisar berjenama Panasonic model MK-5087M dengan masalah gagal berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.
Panasonic MK-5087M
Pengisar ini milik sebuah restaurant dan menurutnya dia telah membeli pengisar yang baru dan sebenarnya ada dua buah pengisar serupa rosak dalam tangan namun sebuah lagi telah dibuang pekerjanya.
Buatan Malaysia...
Gambar di bawah adalah keadaan di dalamnya setelah penutup bahagian bawah dibuka. Hanya talib sawat sahaja kelihatan namun pendawaiaan serta papan litar tidak kelihatan sebab ianya berada di bahagian atas.
Setelah penutup bawah dibuka...
Cara membuka bahagian atas ialah anda perlu buka pelekat dan sebiji skru perlu dibuka seperti telah saya tunjukkan pada gambar di bawah.
Buka penutup atas pula...
Untuk pengetahuan semua, pastikan anda sediakan penyembur serangga untuk membunuh lipas didalamnya agar tidak bersarang di tempat anda pula.
Banyak najis lipas...
Tiada kerosakkan boleh dilihat dengan mata kasar namun setelah saya memasang balang pengisar, suis keselamatan gagal dihidupkan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.
Fungsi suis keselamatan tersebut ialah untuk elak pengguna menghidupkan pengisar tanpa memasang balang pengisar bersama penutupnya.
Bengkokkan sedikit tuil suis keselamatan...
Suis tersebut masih elok dan cuma gagal dihidupkan setelah penutup dipasang. Saya bengkokkan sedikit tuil suisnya sehingga boleh menghidupkan suis setelah penutup ditutup seperti boleh ditonton pada klip video di bawah dan masalah pun selesai.
Klip video di bawah saya rakam sewaktu menguji pengisar yang telah saya dibengkokkan tuil suis dan ianya kembali berfungsi semula.
Jika anda berhajat untuk berDIY, pastikan anda tahu/faham jalan kerja sesuatu peralatan elektrik/elektronik dan kadang-kadang tidak perlukan sebarang kos untuk membetulkannya seperti senario di atas.
Sebelum ini saya pernah dirujuk pengisar seperti ini untuk di baiki dan anda boleh rujuk di sini.
E2
Kali ini saya dirujuk sebuah lagi pengisar serupa dan ianya lengkap dengan cawan pengisar. Saya diberitahu ianya boleh dihidupkan namun gagal berfungsi. Sewaktu saya uji, kod yang terhasil ialah E2 seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Wayar putus...
Memandangkan pengisar lepas saya telah buka serta periksa bahagian motor dan tiada kerosakkan ditemui, kali ini saya periksa pula sensor pada cawan pengisar. Setelah penutup bahagian bawah cawan pengisar dibuka, jelas kelihatan wayar putus seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Sewaktu proses menyambung kembali wayar putus tersebut selesai, ianya tanggal semula dan apabila diperiksa di dalamnya dilengkapi dengan sebiji perintang pula yang putus seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Minggu lepas saya dirujuk sebuah pengisar elektrik berjenama Primada, model PS-620S dan diberitahu masalahnya ialah gagal berfungsi sahaja.
Primada PS-620S
Pemilik hanya mengirimkan pengisar sahaja kepada saya dan ianya tidak akan boleh berfungsi tanpa cawan pengisar.
Model: PS-620S
Ini adalah disebabkan pengisar mesti dilengkapi dengan suis keselamatan pada cawan pengisar. Maksudnya, pengisar hanya akan berfungsi setelah cawannya telah dipasang kepadanya dengan betul serta lengkap.
Setelah penutup bawah dibuka...
Bagi membuat pintasan suis keselamatan, saya terpaksa membuka pengisar untuk mengetahui cara serta kedudukan suis tersebut.
Wayar suis keselamatan...
Gambar di atas adalah kabel suis keselamatan yang telah saya cabut dari papan litar dan ianya disambung kepada soket seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Lokasi penyambung suis keselamatan...
Soket tersebut mempunyai 4 pin namun cuma 2 pin sahaja digunakan dan gambar di bawah menunjukkan dua pin yang berfungsi sebagai suis keselamatan telah saya buat pintasan.
Buat pintasan (bypass)...
Pengisar ini berfungsi dengan normal sewaktu saya mengujinya dengan membuat pintasan pada suis keselamatan.
Kemungkinan masalahnya ialah pada suis keselamatan di cawan pengisar atau mungkin juga bearing pada cawan pengisar telah berkarat serta gagal berpusing.
Jika anda ada masalah pengisar dan berhajat untuk dibaiki, pastikan hantar dengan lengkap atau bawa bersama cawannya sekali agar tukang baiki seperti kami mampu membuat pemeriksaan menyeluruh.
Oleh kerana ianya dihantar tidak lengkap, saya cuma mampu memastikan tiada kerosakkan pada motor sahaja serta boleh berfungsi normal setelah mengujinya dengan membuat pintasan sahaja.
Baru-baru ini saya dirujuk sebuah pengisar (blender) berjenama Panasonic, model MX-899TM untuk diperiksa serta di baiki. Menurut pemilik, ianya gagal berfungsi secara tiba-tiba sewaktu digunakan.
Panasonic MX-899TM blender
Sebelum dibuka untuk diperiksa, saya uji pengisar ini dan ianya berfungsi tanpa masalah.
Model: MX-899TM
Sebelum ini saya juga pernah dirujuk sebuah pengisar yang hampir serupa dengan masalah serupa seperti di atas dan anda boleh rujuk di sini.
Elak penggunaan berterusan melebihi 2 minit...
Persoalannya ialah kenapa pemilik sering menghantar pengisar yang elok dan minta di baiki? Jawapannya boleh dilihat pada label di atas. Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.