Wednesday 7 August 2024

Panasonic MK-5087M food processor repair

Hari ini saya dirujuk sebuah pengisar berjenama Panasonic model MK-5087M dengan masalah gagal berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

Panasonic MK-5087M

Pengisar ini milik sebuah restaurant dan menurutnya dia telah membeli pengisar yang baru dan sebenarnya ada dua buah pengisar serupa rosak dalam tangan namun sebuah lagi telah dibuang pekerjanya.

Buatan Malaysia...

Gambar di bawah adalah keadaan di dalamnya setelah penutup bahagian bawah dibuka. Hanya talib sawat sahaja kelihatan namun pendawaiaan serta papan litar tidak kelihatan sebab ianya berada di bahagian atas.

Setelah penutup bawah dibuka...

Cara membuka bahagian atas ialah anda perlu buka pelekat dan sebiji skru perlu dibuka seperti telah saya tunjukkan pada gambar di bawah.

Buka penutup atas pula...

Untuk pengetahuan semua, pastikan anda sediakan penyembur serangga untuk membunuh lipas didalamnya agar tidak bersarang di tempat anda pula.

Banyak najis lipas...

Tiada kerosakkan boleh dilihat dengan mata kasar namun setelah saya memasang balang pengisar, suis keselamatan gagal dihidupkan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Fungsi suis keselamatan tersebut ialah untuk elak pengguna menghidupkan pengisar tanpa memasang balang pengisar bersama penutupnya.

Bengkokkan sedikit tuil suis keselamatan...

Suis tersebut masih elok dan cuma gagal dihidupkan setelah penutup dipasang. Saya bengkokkan sedikit tuil suisnya sehingga boleh menghidupkan suis setelah penutup ditutup seperti boleh ditonton pada klip video di bawah dan masalah pun selesai.

Klip video di bawah saya rakam sewaktu menguji pengisar yang telah saya dibengkokkan tuil suis dan ianya kembali berfungsi semula.

Jika anda berhajat untuk berDIY, pastikan anda tahu/faham jalan kerja sesuatu peralatan elektrik/elektronik dan kadang-kadang tidak perlukan sebarang kos untuk membetulkannya seperti senario di atas.

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.