Thursday, 1 August 2024

Baiki dekoder Astro DMT893

Hari ini saya kongsikan sebuah dekoder astro model baru yang belum pernah dirujuk sebelum ini untuk dibaiki.

Astro DMT893

Model dekoder astro ini ialah DMT893 dan menurut pemilik, lampu indikator tidak menyala serta gagal berfungsi.

Model No: DMT893

Klip video di bawah ialah masalah yang saya temui setelah disambung kepada adapter iaitu lampu indikator berwarna hijau pada adapter akan padam dan berkelip serta malap.

Masalah sedemikian pernah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Pastikan tiada 'warranty' lagi sebelum buka...

Biasanya dekoder baru diberi tempoh 'warranty' selama setahun. Pastikan dekoder tiada lagi 'warranty' sebelum dibuka untuk proses memeriksa serta membaiki.

Setelah penutup atas dibuka...

Gambar di atas dan di bawah adalah keadaan papan litar setelah dibuka. Heatsink dekoder ini sangat besar berbanding model terdahulu seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah heatsink dibuka...

Pemeriksaan berakhir dengan menemui litar pintas pada sebiji kapasitor seramik dengan label CP26 pada papan litar.

Litar pintas pada kapasitor CP26...

Keterangan lanjut kapasitor yang rosak boleh ditonton pada klip video di bawah.

Cara mengeluarkan kapasitor jenis SMD ialah dengan menggunakan 'rework station' dan saya biasanya tetapkan suhu pada 340°c.

Keluarkan kapasitor yang rosak...

Nilai kapasitor seramik jenis SMD yang digunakan untuk CP26 ialah 11uf seperti boleh dilihat pada gambar di bawah bila diuji menggunakan multimeter.

Kapasitor CP26 = 11uf

Cara memasang kapasitor seramik ke papan litar adalah sama dengan sewaktu menanggalkannya dengan menggunakan 'rework station'.

Gantikan kapasitor CP26 yang baru...

Dekoder ini berjaya diselamatkan dengan menggantikan sebiji kapasitor sahaja dan ianya kembali berfungsi semula.

Tested - ok

Dekoder ini dibekalkan adapter dengan rating 12v, 1.25A sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Pastikan anda beli adapter dengan rating tidak melebihi 1.25A jika perlu menggantikannya. Arus elektrik yang tinggi mudah merosakkan komponen jenis SMD pada papan litar moden.

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.