Tuesday, 13 August 2024

Masalah dekoder astro padam sendiri

Hari ini saya kongsikan satu masalah mudah pada dekoder astro model DS830NA yang sering dirujuk kepada saya untuk dibaiki.

Dekoder ini boleh berfungsi seperti biasa namun setelah beberapa ketika ia akan padam sendiri. Dekoder akan kembali berfungsi semula setelah dengan hanya putuskan bekalan elektrik kira-kira seminit dan bekalkan semula arus elektrik.

Bacaan 1.2v rendah...

Kadang-kadang ianya masih gagal berfungsi walaupun bekalan telah diputuskan beberapa minit. Pemeriksaan awal pada papan litar mendapati bekalan 1.2v tidak mencukupi seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Gantikan C2910 (470uf, 10v)

1.2v dibekalkan dari kapasitor berlabel C2910 (470uf, 10v) dan setelah diganti, dekoder kembali berfungsi semula namun masalah masih berulang.

Pelekat heatsink tanggal...

Pemeriksaan seterusnya mendapati heatsink pada processor longgar dan setelah dibuka saya dapati pelekat di bawahnya tanggal seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Lumurkan 'thermal paste' pada permukaan processor...

Jika sentuhan heatsink kepada komponen longgar, prosses membuang haba tidak baik dan boleh menyebabkan panas melampau (overheating).

Masalah sebegini boleh ditangani dengan melumurkan 'thermal paste' kepada permukaan yang bersentuhan.

Tested - ok

Masalah dekoder ini selesai setelah dengan hanya melumurkan 'thermal paste' pada permukaan yang bersentuhan dengan processor sahaja. Saya juga guna kembali kapasitor asal yang ditukar sebelumnya.

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.