Showing posts with label Cornell. Show all posts
Showing posts with label Cornell. Show all posts

Monday, 27 September 2021

Cornell CMC-S1600A multi cooker repair

Semalam saya dirujuk dua buah 'multi cooker' berjenama Cornell, model: CMC-S1600A dengan masalah tidak berfungsi apabila dibekalkan arus elektrik.

Cornell CMC-S1600A

Setelah dibuka dan diperiksa dengan menggunakan multimeter, saya menemui sebiji 'thermal fuse' putus seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Setelah penutup bawah dibuka...

Sebelum saya menukar 'thermal fuse' tersebut, saya periksa kedua-dua elemen pemanas yang disambung selari dan bacaan rintangan yang saya dapat ialah 34.6Ω.

Rintangan pemanas - 34.6Ω

'Thermal fuse' yang digunakan ialah 250v, 10A, 192C dan ianya sama dengan 'thermal fuse' yang digunakan pada periuk nasi elektrik.

Thermal fuse - 10A, 192°C

'Multi cooker' ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula dengan hanya menukarkan 'thermal fuse' sahaja.

Siap...

Selamat mencuba...

Wednesday, 10 June 2020

CORNELL CVC-WD601P vacuum cleaner repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah penyedut hampagas (vacuum cleaner) berjenama CORNELL, model: CVC-WD601P dengan masalah tidak dapat dihidupkan.
Jenama: CORNELL
Penyedut hampagas ini jenis 3 dalam 1 iaitu boleh menyedut dalam keadaan kering, basah dan juga boleh digunakan untuk meniup (blow).
Model: CVC-WD601P
Seperti biasa saya periksa fius pada plug 3-pin, wayar serta suis dan semuanya masih elok serta tidak rosak.
Carbon brush masih elok...
Kemudian saya buka serta periksa 'carbon brush' dan ianya juga masih elok seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Tiada 'continuity' pada salah satu coil...
Pemeriksaan seterusnya mendapati salah satu coil pada stator tiada 'continuity' seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Wayar penyambung putus...
Saya pada mulanya mencari 'thermal fuse' namun penyedut hampagas tersebut tidak dilengkapi dengan 'thermal fuse' . seterusnya saya menemui salah satu penyambungnya putus setelah ditarik seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Sambung balik balik penyambung yang putus...
Punca kerosakkan telah ditemui dan saya cuma perlu sambung kembali penyambung tersebut sahaja.
Testing - dah ada 'continuity'...
Setelah disambung kembali bahagian yang putus dan diuji dengan multimeter,  coil tersebut telah ada 'continuity'. Apabila dibekalkan arus elektrik dan diuji, ianya telah berjaya dibaiki dan kembali berfungsi seperti biasa.
Tested - ok
Setelah semuanya siap, saya belek-belek penyedut hampagas tersebut dan mandapati bahawa ia adalah produk buatan negara kita Malaysia.
Made in Malaysia
Selamat mencuba...

Sunday, 19 May 2019

Cornell 56L Electric Oven Repair

Malam tadi saya dirujuk sebuah oven berjenama Cornell dengan masalah pemanas di bahagian bawah tidak panas.
Jenama: Cornell
Apabila dibuka penutup bahagian luar, tidak banyak benda yang perlu diperiksa dan anda boleh melihatnya pada gambar di bawah.
Pandangan dalam bahagian kanan
Pada mulanya saya periksa bahagian element pemanas (heating element) dan keempat-empatnya berkeadaan baik. Begitu juga dengan thermal fius juga tidak putus.
Pandangan dalam bahagian kiri
Kemudian saya periksa pula semua suis yang ada dan juga tiada yang bermasalah. Akhir sekali saya periksa semua sambungan wayar dan juga tiada yang tertanggal mahupun putus.
Tested - ok
Apabila semua telah diperiksa dan tiada yang bermasalah maka saya terpaksa bekalkan arus elektrik dan uji oven tersebut.

Ternyata kesemua element pemanas menyala merah dan buat kali pertama saya membaiki peralatan elektrik tanpa menukar apa-apa.

Pelik tapi benar, tiada yang didapati rosak dan bila diuji semuanya berkeadaan baik.

Selamat mencuba...