Friday 31 August 2018

Servis/Baiki Telefon Pejabat/Rumah

Hari ini saya berpeluang membaiki sebuah telefon pejabat dengan masalah - kita boleh mendengar suara pemanggil tetapi pemanggil tidak dapat mendengar suara kita.

Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ialah kerosakan pada bahagian mikrofon namun setelah diperiksa, mikrofon tidak rosak. Saya juga memeriksa kesemua sambungan pada telefon dan kesemuanya dalam keadaan baik. Jadi masalahnya ialah di dalam telefon tersebut.
Telefon bermasalah berjenama NEC
Seperti biasa untuk mengenalpasti punca kerosakan bahagian dalaman telefon kita harus membuka telefon tersebut. Terbalikkan telefon dan buka kesemua skru pada bahagian bawahnya.
Buatan China (Bahagian bawah telefon)
Setelah dibuka, cuma kelihatan sekeping papan litar dan yang satu lagi ialah keypad telefon seperti pada gambar di bawah.
Setelah bahagian bawah telefon dibuka
Setelah diperiksa menyeluruh, kesemua komponen dalam keadaan baik dan cuma satu sahaja yang bermasalah iaitu suis gangang telefon seperti yang ditandakan pada gambar di atas. Suis tesebut tidak berfungsi walaupun gangang telefon telah di angkat.
Bersihkan dengan 'contact cleaner'
Cara untuk mengatasi masalah tersebut ialah dengan menyembur 'contact cleaner' kepada bahagian dalam suis tersebut.
Contact cleaner
Setelah di sembur dengan 'contact cleaner' dan diuji semula dengan multimeter pada suis tersebut, ternyata masalah tidak berfungsi sebelum ini telah tiada lagi. Masalah pemanggil tidak dapat mendengar suara kita juga telah diatasi.

Selamat mencuba...

Tuesday 28 August 2018

Baiki Lampu Kecemasan (Emergency Light Repair)

Hari ini saya kongsikan bagaimana membaiki lampu kecemasan. Lampu kecemasan kini amat popular dan boleh dikatakan majoriti pejabat, pusat membeli-belah, hotel & rumah kediaman mempunyai lampu kecemasan.

Namun tidak ramai yang tahu bahawa ianya boleh dibaiki jika tidak menyala lagi ketika ketiadaan/putus bekalan eletrik. Untuk makluman semua, di dalam lampu kecemasan dibekalkan dengan bateri untuk kegunaan ketika kecemasan.

Bateri yang di gunakan bukannya bateri biasa iaitu 'pakai & buang'. Bateri yang digunakan ialah bateri yang boleh dicas semula (rechargeable battery). Walaupun bateri boleh dicas semula namun ianya juga mempunyai jangka hayat tertentu dan harus ditukar bila tiba waktunya.

Berikut merupakan cara bagaimana memeriksa dan memastikan bahawa bateri harus ditukar:-
Di dalam lampu kecemasan dibekalkan 3 biji bateri

Bacaan voltan setiap bateri ialah 1.2V
Bateri yang masih boleh digunakan mempunyai bacaan voltan kira-kira 1.2V seperti pada gambar di atas.
Bateri yang rosak mempunyai bacaan di bawah 1V atau -ve
Bateri yang rosak mempunyai bacaan voltan di bawah 1V atau kadang-kadang negative (-ve) seperti pada gambar di atas.
Bateri yang masih elok (1.24V)

Keluarkan bateri yang harus diganti..

1.2V, 1.0A (Bateri lama)

Bateri lama tersebut dibuat pada 19/04/2013
Walaupun tidak semua bateri rosak tetapi adalah lebih baik jika kita menukar kesemua bateri serentak supaya ia boleh bertahan lebih lama. Biasanya sebiji bateri boleh bertahan kira-kira 3 - 5 tahun.
Battery holder
Apa yang diperlukan ketika menukar bateri baru ialah 'battery holder' dan bateri boleh dicas semula. seperti pada gambar di atas & di bawah.

AMARAN/PERINGATAN: Jangan guna bateri biasa. Guna bateri yang boleh dicas semula (Rechargable battery) sahaja.
Rechargeable bateri baru (2.5A)
Untuk pengetahuan semua, bateri yang mempunyai ampere tinggi boleh menyimpan lebih banyak cas dan bertahan lebih lama. Saya menggunakan bateri 2.5A seperti pada gambar di atas berbanding dengan bateri lama cuma 1.0A sahaja.
Masukkan bateri baru ke dalam 'battery holder'

Sambungkan ke papan litar..

Kemaskan dengan mengikat bateri ke papan litar

Lampu kecemasan menyala semula...

Siap...
Selamat mencuba...

Thursday 23 August 2018

Silang Tayar Kereta

Tahukah anda kenapa kita harus menukar tayar kereta hadapan dengan tayar belakang dalam suatu jangka masa tertentu? Ini disebabkan tayar hadapan akan haus dengan lebih cepat berbanding tayar belakang dan dengan berbuat demikian kadar kehausan keempat-empat tayar akan hampir sama sebelum menukar kesemua tayar dengan yang baru.

Namun ada berbagai cara lain yang digunakan ketika menentukan masa untuk menukar tayar yang baru seperti berikut.

  1. Menukar kesemua tayar setelah 4 - 5 tahun dengan yang baru.
  2. Menukar 2 biji tayar hadapan sahaja.
  3. Memindahkan tayar hadapan ke belakang & sebaliknya setiap 5,000km/7000km.
Berikut merupakan keadaan tayar kereta saya yang ditukar pada febuari 2014 iaitu setelah 4 tahun digunakan tanpa berbuat apa-apa selain mengisi angin setiap kali mengisi minyak.
Keadaan tayar belakang (Bunga tayar masih tebal)
Gambar di atas menunjukkan keadaan tayar belakang berbanding dengan tayar hadapan seperti pada gambar di bawah. Tayar hadapan haus lebih cepat disebabkan:-

  1. Untuk kereta 'front wheel drive', tayar hadapan yang mengerakkan kereta dan semestinya akan haus dengan lebih cepat. Jika kereta 'back wheel drive', tayar belakang akan haus lebih cepat.
  2. Lebih bebanan pada tayar hadapan hasil dari berat injin kereta.
  3. Tayar hadapan bekerja lebih keras berbanding belakang sebab kerja membelok dilakukan oleh tayar hadapan dan biasanya kehausan pada bahagian tepi melebihi bahagian tengah tayar.
  4. Ketika menggunakan brek, tayar hadapan bekerja keras disebabkan brek hadapan lebih baik dari brek belakang (untuk kereta kecil yang brek hadapan & belakang berbeza, biasanya brek hadapan menggunakan sistem disc & belakang menggunakan sistem drum)
Keadaan tayar hadapan (Bunga tayar telah haus)
Berikut merupakan langkah-langkah yang dilakukan untuk menukar tayar hadapan dengan tayar belakang.
1. Longgarkan nut tayar

2. Jek pada tempat yang sesuai

3. Laraskan jek supaya tayar tergantung

4. Tanggalkan kesemua nut tayar & keluarkan tayar

5. Masukkan dengan tayar sementara

6. Ulang langkah 1 - 5 pada tayar yang lain sehingga siap
Tujuan menukar tayar hadapan dengan belakang dalam suatu jangka tertentu ialah supaya kadar kehausan keempat-empat tayar adalah hampir sama sebelum menukarkan kesemua tayar dengan yang baru.
Tayar hadapan yang telah dibuka

Simpan kembali tayar sementara pada tempatnya..
Namun ada yang mengesorkan agar tayar hadapan yang telah haus ditukar dengan yang baru dan kekalkan tayar belakang. Ada juga experimen telah dilakukan bahawa tayar yang baru haruslah dipasang di belakang & tayar lama belakang di tukar ke hadapan seperti pada video berikut.

Apa-apa pun, saya bukan pemandu extrim seperti pada video klip di atas dan saya telah melakukan pemindahan tayar hadapan dan belakang sahaja selama hampir 20 tahun memiliki kereta. saya hanya menukar tayar yang baru selepas keempat-empat tayar telah haus dan harus diganti.

Selamat mencuba...

Thursday 16 August 2018

Baiki LG 42PT350R-TD Plasma TV

Hari ini saya kongsikan masalah pelik yang dihadapi oleh sebuah TV plasma berjenama LG, Model: 42PT350R-TD. Masalahnya ketika dirujuk kepada saya ialah TV ini akan padam dengan sendirinya setelah beberapa ketika dihidupkan dan akan kembali beroperasi semula dengan sendirinya selepas itu. Proses ini akan berulang dan sudah tentu akan menganggu kita ketika menonton TV.

Masalah sedemikian amat lah sukar diketahui puncanya kerana kita tidak akan menjumpai komponen yang rosak tersebut ketika memeriksa pada papan litar.
LG 42PT350R-TD Plasma TV
Seperti kebiasaan, jika kita ingin membaikinya kita haruslah membuka bahagian belakang TV dan gambar di bawah menunjukkan terdapat 5 keping papan litar di dalamnya.
A - 200V, B - 55V & C - 125V
Sekiranya TV tersebut boleh dihidupkan, perkara pertama yang saya akan lakukan ialah memeriksa voltan output pada papan litar utama atau juga dikenali sebagai 'power supply'. Voltan output yang diperlukan ialah 55V, 125V & 200V.

Pada gambar di atas, bahagian yang bertanda A, B & C ialah untuk menyelaras voltan jika terlalu tinggi atau terlalu rendah.
Voltan yang diperlukan untuk TV
Ketika pemeriksaan awal, saya dapati voltan output terlalu tinggi iaitu 221V berbanding dengan 200V yang diperlukan seperti pada gambar di bawah. Untuk itu saya laraskan agar voltannya menghampiri 200V.
Voltan yang tinggi sebelum dilaras...

200V

55V

125V

Voltan output yang lain selain 5V, 55V, 125V & 200V

Papan litar tulis 15V tapi 18V ketika diukur...
Setelah menyelaras voltan output yang diperlukan kembali ke asal, tiada apa yang boleh saya lakukan selain tunggu & lihat dengan harapan TV tersebut kembali normal & tidak padam. Namun ianya padam jua selepas itu dan setelah ianya kembali beroperasi secara automatik saya dapati voltan outputnya terlalu rendah walaupun telah saya laraskan sebelum ini.
Kapasitor 275uF yang harus ditukar
Dengan itu saya mulakan pemeriksaan pada papan litar 'power supply' dan hanya satu kapasitor sahaja yang menunjukkan bacaan rendah seperti pada gambar di atas dan telah ditukar.

Selain itu saya juga dapati thermistor 15D-15 seperti pada gambar di bawah juga menunjukkan rintangan yang meragukan dan juga ditukar.
Thermistor 15D-15 juga harus ditukar
Setelah kedua-dua komponen tersebut ditukar dan voltan output dilaras kembali seperti yang diperlukan iaitu 55V, 125V & 200V, saya kembali tunggu & lihat dengan harapan TV tersebut tidak padam lagi secara automatik.

Setelah berjam-jam saya cuba, gembira rasa dihati apabila TV tersebut tidak padam dengan sendirinya lagi...
Akhirnya TV tersebut tidak padam dengan sendirinya lagi...
Selamat mencuba...

Reset LG 42PT350R-TD Plasma TV

TV moden sekarang mempunyai berbagai-bagai peranti yang berlainan dan sebagai pengguna kita kadang-kadang akan mengubah 'setting' pada sesebuah TV agar menepati citarasa kita.

Namun kadang-kadang sebagai pengguna kita tidak tahu apa yang diubah dan kadang kala setelah mengubah 'setting' tersebut TV akan mengalami gangguan dan kita juga lupa apa yang telah kita ubah pada 'setting' tersebut.

Dengan yang demikian untuk kembali semula kepada 'setting' asal dari kilang, kita boleh membuat 'reset factory setting'. Hari ini saya kongsikan cara-cara membuat 'reset factory setting' pada TV LG, model: 42PT350R-TD. Berikut adalah langkah-langkahnya...
1. Tekan butang 'menu' pada 'remote control', cari SETUP & tekan OK

2. Dalam SETUP cari OPTION & tekan OK

3. Dalam OPTION cari 'initial setting' & tekan OK

4. Lepas itu skrin ini akan menjelma, pilih 'YES' & tekan OK

5. Selepas beberapa saat, process 'reset factory setting' telah selesai..

6. Ikut arahan seterusnya sehingga tamat.
Selamat mencuba...

Tuesday 14 August 2018

Baiki TECNIK MS6U 6 channel stereo mixer

Beberapa hari yang lepas saya diberi peluang membaiki sebuah stereo amplifier berjenana TECNIK, model: MS6U. Tuan punya amplifier ini memberitahu saya masalah amplifier tersebut ialah tiba-tiba kehilangan suara semasa menyambut hari raya lepas.

Sebelum saya membuka amplifier tersebut saya sempat ternampak 'seal' amplifier tersebut telah koyak dan kemungkinan pernah dibuka oleh seseorang sebelum ini. Bila ditanya pemiliknya beliau memberitahu saya bahawa tidak pernah dibaiki sebelum ini. Kemungkinan 'seal' tersebut koyak semasa memindahkan amplifier tersebut.
Seal Broken...
Setelah dibuka, benda pertama yang menarik perhatian saya ialah transformernya. Kebiasaan transformer berbentuk segi empat dan yang ini berbentuk bulat.
Transformer
Amplifier ini agak mudah dan cuma kelihatan sekeping papan litar sahaja. Benda yang rosak dan boleh dilihat dengan mata kasar cuma 2 biji fius yang putus dan berwarna hitam. Jika fius putus berwarna hitam bermaksud terdapat litar pintas (short circuit).

Setelah diperiksa menyeluruh, komponen yang mengakibatkan fius putus ialah kerosakan pada 4 biji transistor & bridge rectifier seperti ditandakan di bawah.

1. 2 biji fius
2. sebiji bridge rectifier
3. 4 biji transistor (2 biji NPN & 2 biji PNP)
Komponen yang rosak
Papan litar ini agak baik disebabkan nombor komponen yang digunakan tercatat pada setiap bahagian komponen masing-masing. Dua jenis transistor sahaja yang digunakan iaitu A1941 (PNP) & C5198 (PNP) yang jelas tercatat pada papan litar seperti pada gambar di bawah.
Nombor transistor tercatat pada papan litar A1941 & C5198
Namun setelah dibuka, nombor transistor yang digunakan tidak sepadan dengan yang tercatat pada papan litar. Transistor PNP yang digunakan ialah B817 manakala transistor NPN pula ialah D1047 seperti pada gambar di bawah.

Saya tidak tahu sama ada ianya pernah dibaiki sebelum ini dan ditukar atau pihak pengeluar yang memilih untuk menggunakannya.
Transistor yang digunakan B817 & S1047
Kebiasaannya saya tidak mengubah suai komponen dan menggunakan komponen asal jika masih ada. Oleh yang demikian saya bertekad mencari transistor yang sama seperti tercatat pada papan litar iaitu A1941 & C5198 seperti pada gambar di bawah. Saya agak bertuah disebabkan mendapat transistor berjenama TOSHIBA.
Transistor asli Toshiba A1941 & C5198
Setelah kesemua komponen yang rosak diganti dan diuji, amplifier tersebut kini mengeluarkan suara semula dan saya telah uji beberapa jam. Ianya berkeadaan baik tanpa sebarang masalah walaupun transistor yang digunakan bukan seperti yang digunakan sebelum ini.
Tested - OK
Saya yakin tidak mengubah suai komponen tersebut (terutamanya transistor) kerana ianya jelas tercatat pada papan litar. Berikut merupakan perbandingan transistor NPN & PNP yang digunakan.

B817 & D1047 - 140V, 12A, 125C
A1941 & C5198 - 160V, 10A, 155C

Perbezaan ketara transistor yang digunakan sebelum ini dengan transistor yang tercatat pada papan litar ialah voltan, ampere & suhu.

Transistor yang digunakan sebelum ini cuma mampu bertahan pada suhu 125 darjah celcius, 140V & 12A manakala transistor yang tercatat pada papan litar boleh bertahan sehingga 155 darjah celcius, 160V & 10A.

Saya juga yakin ampere 10A & 12A yang tertera tidak memberi sebarang impak disebabkan fius yang digunakan cuma 5A, bermaksud arus eletrik maksimum pada amplifier tersebut ialah 5A sahaja. Jika melebihi 5A fius akan putus.

Dengan yang demikian transistor yang tercatat pada papan litar adalah lebih tahan berbanding transistor digunakan belum ini.

Secara amnya transistor tersebut boleh digunakan dan cuma daya tahan berbeza sedikit.

Terima kasih kepada pemilik kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk membaikinya.

Selamat mencuba.