Tuesday 14 August 2018

Baiki TECNIK MS6U 6 channel stereo mixer

Beberapa hari yang lepas saya diberi peluang membaiki sebuah stereo amplifier berjenana TECNIK, model: MS6U. Tuan punya amplifier ini memberitahu saya masalah amplifier tersebut ialah tiba-tiba kehilangan suara semasa menyambut hari raya lepas.

Sebelum saya membuka amplifier tersebut saya sempat ternampak 'seal' amplifier tersebut telah koyak dan kemungkinan pernah dibuka oleh seseorang sebelum ini. Bila ditanya pemiliknya beliau memberitahu saya bahawa tidak pernah dibaiki sebelum ini. Kemungkinan 'seal' tersebut koyak semasa memindahkan amplifier tersebut.
Seal Broken...
Setelah dibuka, benda pertama yang menarik perhatian saya ialah transformernya. Kebiasaan transformer berbentuk segi empat dan yang ini berbentuk bulat.
Transformer
Amplifier ini agak mudah dan cuma kelihatan sekeping papan litar sahaja. Benda yang rosak dan boleh dilihat dengan mata kasar cuma 2 biji fius yang putus dan berwarna hitam. Jika fius putus berwarna hitam bermaksud terdapat litar pintas (short circuit).

Setelah diperiksa menyeluruh, komponen yang mengakibatkan fius putus ialah kerosakan pada 4 biji transistor & bridge rectifier seperti ditandakan di bawah.

1. 2 biji fius
2. sebiji bridge rectifier
3. 4 biji transistor (2 biji NPN & 2 biji PNP)
Komponen yang rosak
Papan litar ini agak baik disebabkan nombor komponen yang digunakan tercatat pada setiap bahagian komponen masing-masing. Dua jenis transistor sahaja yang digunakan iaitu A1941 (PNP) & C5198 (PNP) yang jelas tercatat pada papan litar seperti pada gambar di bawah.
Nombor transistor tercatat pada papan litar A1941 & C5198
Namun setelah dibuka, nombor transistor yang digunakan tidak sepadan dengan yang tercatat pada papan litar. Transistor PNP yang digunakan ialah B817 manakala transistor NPN pula ialah D1047 seperti pada gambar di bawah.

Saya tidak tahu sama ada ianya pernah dibaiki sebelum ini dan ditukar atau pihak pengeluar yang memilih untuk menggunakannya.
Transistor yang digunakan B817 & S1047
Kebiasaannya saya tidak mengubah suai komponen dan menggunakan komponen asal jika masih ada. Oleh yang demikian saya bertekad mencari transistor yang sama seperti tercatat pada papan litar iaitu A1941 & C5198 seperti pada gambar di bawah. Saya agak bertuah disebabkan mendapat transistor berjenama TOSHIBA.
Transistor asli Toshiba A1941 & C5198
Setelah kesemua komponen yang rosak diganti dan diuji, amplifier tersebut kini mengeluarkan suara semula dan saya telah uji beberapa jam. Ianya berkeadaan baik tanpa sebarang masalah walaupun transistor yang digunakan bukan seperti yang digunakan sebelum ini.
Tested - OK
Saya yakin tidak mengubah suai komponen tersebut (terutamanya transistor) kerana ianya jelas tercatat pada papan litar. Berikut merupakan perbandingan transistor NPN & PNP yang digunakan.

B817 & D1047 - 140V, 12A, 125C
A1941 & C5198 - 160V, 10A, 155C

Perbezaan ketara transistor yang digunakan sebelum ini dengan transistor yang tercatat pada papan litar ialah voltan, ampere & suhu.

Transistor yang digunakan sebelum ini cuma mampu bertahan pada suhu 125 darjah celcius, 140V & 12A manakala transistor yang tercatat pada papan litar boleh bertahan sehingga 155 darjah celcius, 160V & 10A.

Saya juga yakin ampere 10A & 12A yang tertera tidak memberi sebarang impak disebabkan fius yang digunakan cuma 5A, bermaksud arus eletrik maksimum pada amplifier tersebut ialah 5A sahaja. Jika melebihi 5A fius akan putus.

Dengan yang demikian transistor yang tercatat pada papan litar adalah lebih tahan berbanding transistor digunakan belum ini.

Secara amnya transistor tersebut boleh digunakan dan cuma daya tahan berbeza sedikit.

Terima kasih kepada pemilik kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk membaikinya.

Selamat mencuba.

4 comments:

  1. nak bertanya...power amplifire sy hanya ade 2 output.. + dan -...
    bila guna xde masalah sebelum ni...skrng bila guna ok utk 10mnit..lpas tu dia mula sangkut2 suara..adakah amplifire yg rosak ataupun wiring pada speaker

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh periksa pendawaian bahagian 'input', kadang-kadang wayar penyambungnya rosak. Periksa juga pendawaiaan bahagian speaker. Jika semua tidak bermasalah, masalahnya pada amplifier. Ada komponen yang rosak dan perlu ditukar, biasanya kapasitor yang telah kering.

      Delete
  2. Boss..saya nak tanya, amplifier saya tak boleh on..bila saya on suis,fius akan koyak & thermistor pecah..untuk masalah ni macam mana saya nak selesaikan..saya perlu cabut semua cable output untuk test atau biarkan saja lepas tukar komponen baru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya tidak faham soalan anda. Apa maksud fius koyak? dan thermistor itu letaknya di mana? Adakah anda rujuk kepada amplifier yang sama seperti di atas?

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.