All sharing are based on my personal experience. Your comment will be attended within 24 hours. Cheers!
Thursday, 23 August 2018
Silang Tayar Kereta
Tahukah anda kenapa kita harus menukar tayar kereta hadapan dengan tayar belakang dalam suatu jangka masa tertentu? Ini disebabkan tayar hadapan akan haus dengan lebih cepat berbanding tayar belakang dan dengan berbuat demikian kadar kehausan keempat-empat tayar akan hampir sama sebelum menukar kesemua tayar dengan yang baru.
Namun ada berbagai cara lain yang digunakan ketika menentukan masa untuk menukar tayar yang baru seperti berikut.
Menukar kesemua tayar setelah 4 - 5 tahun dengan yang baru.
Menukar 2 biji tayar hadapan sahaja.
Memindahkan tayar hadapan ke belakang & sebaliknya setiap 5,000km/7000km.
Berikut merupakan keadaan tayar kereta saya yang ditukar pada febuari 2014 iaitu setelah 4 tahun digunakan tanpa berbuat apa-apa selain mengisi angin setiap kali mengisi minyak.
Keadaan tayar belakang (Bunga tayar masih tebal)
Gambar di atas menunjukkan keadaan tayar belakang berbanding dengan tayar hadapan seperti pada gambar di bawah. Tayar hadapan haus lebih cepat disebabkan:-
Untuk kereta 'front wheel drive', tayar hadapan yang mengerakkan kereta dan semestinya akan haus dengan lebih cepat. Jika kereta 'back wheel drive', tayar belakang akan haus lebih cepat.
Lebih bebanan pada tayar hadapan hasil dari berat injin kereta.
Tayar hadapan bekerja lebih keras berbanding belakang sebab kerja membelok dilakukan oleh tayar hadapan dan biasanya kehausan pada bahagian tepi melebihi bahagian tengah tayar.
Ketika menggunakan brek, tayar hadapan bekerja keras disebabkan brek hadapan lebih baik dari brek belakang (untuk kereta kecil yang brek hadapan & belakang berbeza, biasanya brek hadapan menggunakan sistem disc & belakang menggunakan sistem drum)
Keadaan tayar hadapan (Bunga tayar telah haus)
Berikut merupakan langkah-langkah yang dilakukan untuk menukar tayar hadapan dengan tayar belakang.
1. Longgarkan nut tayar
2. Jek pada tempat yang sesuai
3. Laraskan jek supaya tayar tergantung
4. Tanggalkan kesemua nut tayar & keluarkan tayar
5. Masukkan dengan tayar sementara
6. Ulang langkah 1 - 5 pada tayar yang lain sehingga siap
Tujuan menukar tayar hadapan dengan belakang dalam suatu jangka tertentu ialah supaya kadar kehausan keempat-empat tayar adalah hampir sama sebelum menukarkan kesemua tayar dengan yang baru.
Tayar hadapan yang telah dibuka
Simpan kembali tayar sementara pada tempatnya..
Namun ada yang mengesorkan agar tayar hadapan yang telah haus ditukar dengan yang baru dan kekalkan tayar belakang. Ada juga experimen telah dilakukan bahawa tayar yang baru haruslah dipasang di belakang & tayar lama belakang di tukar ke hadapan seperti pada video berikut.
Apa-apa pun, saya bukan pemandu extrim seperti pada video klip di atas dan saya telah melakukan pemindahan tayar hadapan dan belakang sahaja selama hampir 20 tahun memiliki kereta. saya hanya menukar tayar yang baru selepas keempat-empat tayar telah haus dan harus diganti.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.