Friday 31 August 2018

Servis/Baiki Telefon Pejabat/Rumah

Hari ini saya berpeluang membaiki sebuah telefon pejabat dengan masalah - kita boleh mendengar suara pemanggil tetapi pemanggil tidak dapat mendengar suara kita.

Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ialah kerosakan pada bahagian mikrofon namun setelah diperiksa, mikrofon tidak rosak. Saya juga memeriksa kesemua sambungan pada telefon dan kesemuanya dalam keadaan baik. Jadi masalahnya ialah di dalam telefon tersebut.
Telefon bermasalah berjenama NEC
Seperti biasa untuk mengenalpasti punca kerosakan bahagian dalaman telefon kita harus membuka telefon tersebut. Terbalikkan telefon dan buka kesemua skru pada bahagian bawahnya.
Buatan China (Bahagian bawah telefon)
Setelah dibuka, cuma kelihatan sekeping papan litar dan yang satu lagi ialah keypad telefon seperti pada gambar di bawah.
Setelah bahagian bawah telefon dibuka
Setelah diperiksa menyeluruh, kesemua komponen dalam keadaan baik dan cuma satu sahaja yang bermasalah iaitu suis gangang telefon seperti yang ditandakan pada gambar di atas. Suis tesebut tidak berfungsi walaupun gangang telefon telah di angkat.
Bersihkan dengan 'contact cleaner'
Cara untuk mengatasi masalah tersebut ialah dengan menyembur 'contact cleaner' kepada bahagian dalam suis tersebut.
Contact cleaner
Setelah di sembur dengan 'contact cleaner' dan diuji semula dengan multimeter pada suis tersebut, ternyata masalah tidak berfungsi sebelum ini telah tiada lagi. Masalah pemanggil tidak dapat mendengar suara kita juga telah diatasi.

Selamat mencuba...

2 comments:

  1. boleh saya dapatkan nombor yang boleh dihubungi?

    ReplyDelete
  2. hi!, telefon ofis saya mengalami mslah (NEC SL 12000), call saya 016 4948758

    ReplyDelete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.