Thursday 11 March 2021

Dekoder Astro Tak Keluar Jam

Saya sering diajukan soalan 'apa masalah dekoder astro jika tidak keluar jam' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Maksud 'tidak keluar jam' sebenarnya merujuk kepada tidak memaparkan waktu semasa ketika dalam keadaan 'standby'.

Tak keluar jam...

Sebelum ini saya juga pernah dirujuk dan kongsikan masalah dekoder astro yang rosak serta tidak memaparkan waktu semasa di sini dan sini.

Paparan pada skrin TV...

Hari ini saya kongsikan masalah astro yang tidak memaparkan waktu semasa namun bukan disebabkan kerosakkan dekoder. Ini sering terjadi apabila dekoder yang pada mulanya rosak telah saya baiki dan diuji elok namun tidak berfungsi apabila pemilik memasangnya di rumah mereka.

Masalah selain daripada tidak memaparkan jam ialah butang 'power' juga tidak berfungsi apabila ditekan namun skrin TV ada paparan seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

No signal...

Kadang-kadang ada indikator berwarna kuning muncul pada sebelah kiri bahagian atas seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Indikator tersebut memberitahu kita bahawa tiada signal dari piring di luar rumah.

Jika anda menghadapi masalah sedemikian, anda harus membetulkan kedudukan piringnya. Jika anda tidak tahu membetulkannya sendiri, dapatkan khimat pakar untuk membetulkannya.

Testing...

Masalah sedemikian kadang-kadang juga melibatkan kerosakkan bahagian penerima siaran pada piring di luar rumah.

Selamat mencuba...

6 comments:

  1. Tuan. Saya punya sama mcm ni. Tak keluar jam. Saya dah tukar lnb dan check cable buat penyambung baru masih sama. Cable tu pn sy dah test guna antena biasa untuk cucuk direct tv dan ad signal. Kt sini ad beberapa soalan.
    1. Boleh tak saya tahu kemungkinan lain yg mengganggu signal?
    2. Piring kt lnb tu boleh rosak jugak ke ?
    3. Macam mana nak test lnb saja ye? Sbb mungkin yg sy beli dr shopee tu rosak

    ReplyDelete
    Replies
    1. LNB tidak rosak melainkan kena petir. Belum pernah dengar lagi piring rosak. Biasa kalau takda signal tu masalah piring lari dari kedudukannya. Ini perlu panggil pakar utk laras balik

      Delete
  2. Rumah sy ada construction dihadapan piring.mgkin ke jd halangan mcm ni sbb ada lambang yg sama??

    ReplyDelete
  3. Kalau keluar lambang satellite bermaksud tiada 'signal'. Jika piring kena dilindung memang tak dapat signal.

    ReplyDelete
  4. Tuan, saya ada satu dekoder njoi tiada power selepas disambar petir. Di mana saya boleh hantar untuk tuan baiki?

    ReplyDelete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.