Semalam saya dirujuk dua buah decoder astro untuk dibaiki dan salah sebuah mempunyai masalah yang lain daripada lain serta belum pernah saya jumpa sebelum ini.
Apa maksud '9' pada indikator? |
Pemilik memberitahu saya masalahnya ialah decoder boleh dihidupkan serta ada siaran namun layar akan tiba-tiba hilang/gelap dan indikator pada dekoder adalah seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
Apabila indikator seperti di atas dan di bawah muncul, decoder langsung tidak berfungsi lagi. Alat kawalan jauh serta butang pada decoder juga langsung tidak berfungsi bila ditekan.
Apa maksud '0' pada indikator? |
Ketika saya mengujinya, indikator bermula dengan perkataan 'boot', lepas itu lampu merah menyala sebanyak dua kali dan berakhir dengan jam yang tidak lengkap. Jam yang tidak lengkap saya maksudkan ialah --:-- namun apa yang saya dapat ialah -, -- atau : sahaja dan berbeza setiap kali diuji.
Setelah papan litar telah dibuka... |
Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya hanya menemui sebiji kapasitor dengan nilai 220uF, 25v kelihatan kembung sedikit dan setelah dikeluarkan dari papan litar serta diukur menggunakan multimeter, bacaan yang saya dapat cuma 173uF sahaja.
Keluarkan kapasitor dari papan litar untuk diperiksa... |
Setelah kapasitor tersebut saya tukar dan diuji, masalah masih sama serta tidak berubah seperti di atas.
173uF sahaja... |
Seterusnya saya keluarkan satu per satu kapasitor yang ada pada papan litar dan periksa dengan menggunakan multimeter.
Hitam: kapasitor baru... |
Pemeriksaan menyeluruh kapasitor yang ada pada papan litar mendapati kesemua kapasitor yang berwarna coklat dengan nilai 220uF, 25v perlu ditukar disebabkan nilai bacaannya di bawah 200uF.
Gantikan kapasitor baru... |
Setelah kesemua kapasitor berwarna coklat saya gantikan dengan yang baru dan diuji, masalah tidak keluar jam lesap dan decoder tersebut telah berjaya diselamatkan.
Testing... |
Ini merupakan pengalaman terbaru saya yang agak menarik sebab kerosakkan hanya melibatkan kesemua kapasitor yang sama iaitu 220uF, 25v sahaja.
Saya berpendapat kemungkingan kapasitor 220uF, 25v yang digunakan pada decoder tersebut dikilangkan pada masa yang sama dan bermasalah atau juga dikenali sebagai 'manufacturing defects'.
Tested - ok |
Selamat mencuba...
Thanks info bro.
ReplyDeleteYou are welcome
Delete