Friday 26 February 2021

Kad Astro Rosak (S2)

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah decoder astro model: SMT-S5041/AST untuk pakej njoi dengan masalah tiada siaran dan meminta memasukkan kad astro sedangkan kad tidak dikeluarkan.

SMT-S5041/AST

Gambar di bawah menunjukkan mesej yang tertera pada skrin TV iaitu "Please insert the correct Astro Smart Card with the arrow facing up (S2)" ketika saya uji decoder tersebut.

(S2)

Seperti biasa saya akan keluarkan kad dan bersihkan chip dengan menggunakan pemadam untuk diuji semula.

Tekan 'home', pilih setting...

Jika masalah masih sama, guna alat kawalan jauh tekan 'home', pilih 'setting', pilih 'STB Diagnostics' dan lihat bahagian 'Smart Card No:'.

Pilih 'STB Diagnostics'...

Jika tiada nombor kad seperti boleh dilihat pada gambar di bawah, kebarangkalian tinggi kad anda rosak dan perlu di ganti.

Smart Card No: 0000 0000 0000

Seterusnya, ketika di dalam 'STB Diagnostics' anda tekan butang merah pada alat kawalan jauh untuk 'reboot' decoder anda.

Tekan butang merah pada alat kawalan jauh untuk reboot...

Selepas proses 'reboot' selesai, masuk semula ke 'STB Diagnostics' dan semak 'smart card no:', jika masih tiada atau 0000 0000 0000, sah kad anda telah rosak.

Smart Card No: masih juga 0000 0000 0000

Apa yang anda perlu lakukan ialah bawa decoder serta kad ke cawangan astro untuk memohon kad yang baru. 


Kos menukar kad baru ialah RM53.00 dan hanya pemegang akaun (account holder) sahaja boleh memohon untuk menggantikan kad yang baru.

Cuba masukkan kad lain...

Untuk memastikan 'card reader' pada decoder anda tidak rosak, anda boleh pinjam kad jiran/kawan dan periksa 'smart card no:' pada 'STB Diagnostics'. Gambar di atas menunjukkan 'smart card no:' apabila saya masukkan kad lain dan seterusnya mengesahkan decoder tidak rosak.

(S32) - bukan kad asal...

Untuk pengetahuan semua, anda tidak boleh menonton astro menggunakan kad lain selain kad asal. Anda akan dapat skrin seperti di atas jika memasukkan kad lain dan kodnya ialah (S32).

Hanya pemilik sahaja boleh memohon kad baru...

Selamat mencuba...

2 comments:

  1. Hai, maaf mengganggu, sy nk tanya, kalau buat penukaran kad Astro secara online mcmnana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hubungi pihak astro melalui whatsapp di talian 03-9543 8100

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.