Friday 22 November 2019

KDK wall Fan repair

Semalam saya dirujuk sebuah kipas dinding berjenama KDK dengan masalah tidak berpusing walaupun telah dibekalkan arus elektrik.
Jenama: KDK
Pemeriksaan awal mendapati bahawa tiada 'continuity' pada wayar hidup (L) dan neutral (N) di plug 3-pin dengan menggunakan multimeter.
Setelah penutup dibuka,,,
Setelah dibuka bahagian motornya dan diperiksa menyeluruh, komponen yang didapati rosak ialah:-
  1. Kapasitor (1.5uF, 400v)
  2. Thermal fuse (114C, 2A)
Bearing digunakan...
Buka motornya...
Kualiti kipas elektrik ini sangat baik dan ia menggunakan bearing untuk memegang bahagian rotor kipas.
Thermal fuse putus...
Kipas elektrik yang biasa hanya menggunakan bush tembaga untuk memegang rotornya.
Buka penyambung thermal fuse...
Thermal fuse yang digunakan dilabel 114C, 2A dan ianya bermaksud thermal fuse tersebut akan putus jika suhu mencecah 114 darjah celcius atau lebih dan ia mampu mengalirkan arus elektrik sehingga 2A.
Thermal fuse 114C, 2A
Gambar di atas menunjukkan kedudukan thermal fuse tersebut dan ianya terletak agak jauh sedikit dari coil (gegelung wayar tembaga).
Tukar thermal fuse baru...
Biasanya suhu thermal fuse yang digunakan pada kipas elektrik ialah di antara 110c sehingga 135c dan pemilihannya adalah bergantung kepada kedudukan thermal fuse tersebut.
Thermal fuse baru - ok
Jika thermal fuse terletak dekat dengan gegelung wayar, maka suhu thermal fuse yang lebih tinggi akan dipilih manakala jika ianya terletak jauh dari gegelung wayar, suhu thermal fuse yang lebih rendah akan dipilih.
Pasang balik apa yang telah dibuka...
Setelah kedua-dua komponen yang rosak di atas ditukar dan diuji, kipas dinding tersebut masih boleh digunakan lagi.
Tested - ok
Selamat mencuba...

2 comments:

  1. Ribuan terima kasih kerana mewujudkan blog kongsian ilmu ini. Saya dah buka kipas KDK saya dan tiada continuity apabila test thermal fuse. Mana saya boleh beli alat ganti thermal fuse yang disebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari di kedai elektronik atau beli secara atas talian (online) di Shopee atau Lazada.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.