Apa yang anda akan buat jika kipas angin anda tidak mahu berpusing lagi? Majoriti akan memilih untuk membeli yang baru disebabkan risau kos membaiki mahal serta perlu panggil tukang baiki datang ke rumah dan kadang-kadang perlu tunggu berminggu-minggu untuk dibaiki.
|
Jenama: Alpha |
Semalam saya berpeluang menimba ilmu baru membaiki kipas siling berjenama Alpha, model: Marina-ABZ/C dengan masalah tidak berpusing walaupun telah dibekalkan arus elektrik.
|
Model: Marina-ABZ/C |
Sebelum membukanya, saya pusing kipas tersebut dengan tangan dan ianya boleh berpusing namun kelajuannya sangat perlahan.
Ujian di atas memberitahu saya bahawa motornya tidak rosak sebab masih boleh berpusing dan biasanya disebabkan kerosakan kapasitor.
|
Kapasitor 3-dalam-1 rosak... |
Apabila dibuka, kelihatan kapasitor 3-dalam-1 yang digunakan untuk mengawal kelajuan telah rosak dan anda boleh melihatnya pada gambar di atas.
- wayar kelabu + merah = 1.8uF
- Wayar kelabu + coklat = 4uF
- Wayar kelabu + ungu = 2.5uF
|
Potong wayar merah & sambung kapasitor 1.8uF |
Setelah diperiksa, hanya satu daripada 3-dalam-1 kapasitor tersebut yang rosak iaitu wayar yang berwarna merah dengan nilai 1.8uF.
Jadi saya potong wayar merah tersebut dan sambungkan sebiji kapasitor 1.8uF seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
|
Pasang kembali ke tempat asalnya... |
Setelah siap dipasang kembali dan diuji, kini kipas tersebut kembali berfungsi tanpa perlu dipusing dengan tangan lagi.
|
Tested - ok |
Nasihat saya kepada pengguna kipas angin ialah, hantar kipas angin anda untuk diselenggara jika ianya mulai berpusing dengan perlahan. Jangan tunggu sehingga tidak mahu berpusing baru dibaiki sebab kadang-kadang melibatkan banyak kerosakkan ataupun tidak dapat dibaiki lagi.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.