Monday 18 November 2019

LG WF-F733PC washing machine repair

Mesin basuh berjenama LG model: WF-F733PC seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini dan sini.
Jenama: LG
Masalah mesin basuh ini ketika dirujuk kepada saya ialah ianya boleh dihidupkan tetapi tidak berpusing. Saya sempat mengujinya dan mendapati bahawa motornya berpusing namun bahagian bawah seperti pada gambar di atas yang tidak berpusing. Ianya juga tidak bergerak langsung apabila saya cuba memutarnya dengan tangan.
Model: WF-733PC
Masalahnya cuma tidak berpusing walaupun kedengaran motornya bergerak ketika diuji. Untuk mengesahkannya kita kena buka bahagian bawah mesin basuh seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Buka penutup bawahnya...
Setelah bahagian bawah mesin basuh tersebut saya buka dan cuba putar pully yang telah saya tandakan di bawah, ianya memang langsung tidak bergerak.
Pully melekat dan tidak berpusing...
Masalah sedemikian biasanya disebabkan bahagian pully yang bersambung dengan bahagian dalam mesin basuh berkarat dan mengakibatkan ianya tidak berpusing.
Buka skru...
Apa yang perlu dilakukan ialah buka bahagian bawah dalam mesin basuh seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
Keluarkan...
Semburkan dengan antirust (WD40) pada bahagian yang berputar dan bahagian yang harus disembur adalah seperti yang boleh dilihat pada gambar di bawah.
Sembur dengan antirust WD40...
Setelah disembur dengan WD40, tunggu kira-kira 5 minit dan apa yang harus anda lakukan ialah guna pelaras skru dan putar pully di bawah mesin basuh seperti gambar di bawah.
Putar dengan pelaras skru...
Setelah pully tersebut boleh berpusing, pasangkan kembali bahagian dalam mesin basuh yang telah dibuka tadi dan uji. Mesin basuh tersebut kini kembali berfungsi seperti biasa. Jika tali sawatnya longgar, anda harus laras kedudukan motornya. Tukar tali sawat jika masih longgar walaupun telah dilaras motornya
Siap...
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.