All sharing are based on my personal experience. Your comment will be attended within 24 hours. Cheers!
Saturday 7 September 2019
LG WF-F733PC washing machine repair
Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki sebuah mesin pembasuh berjenama LG, Model: WF-F733PC dengan masalah drum tidak berpusing.
Jenama: LG
Setelah saya bekalkan arus elektrik dan uji mesin basuh tersebut, kedengaran bunyi motor berpusing namun drum tetap tidak berpusing.
Model: WF-F733PC
Jika anda boleh mendengar bunyi motor berpusing dan durm tidak berpusing, masalahnya bukan pada papan litar. Jadi, tidak perlu anda buka bahagian papan litar dan periksa.
Setelah penutup bawah dibuka...
Apa yang anda harus lakukan ialah buka bahagian bawah mesin pembasuh dan periksa tali sawatnya seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
Tekan tali sawat, terlalu panjang & longgar...
Tekan tali sawat tersebut dan anda boleh perhatikan pada gambar di atas ianya telalu panjang dan longgar.
Buka skru ini...
Untuk makluman, motor pada mesin pembasuh tersebut telah habis dilaras dan harus ditukar dengan tali sawat yang baru.
Tarik keluar kipasnya...
Longgarkan skru pada kipas motor dan keluarkan kipasnya, seterusnya anda boleh mengeluarkan tali sawat yang lama dan gantikan dengan yang baru.
Keluarkan tali sawat tersebut...
Nombor rujukan tali sawat tersebut ialah M-21 dan harganya kira-kira RM8.00 sahaja.
Gantikan tali sawat yang baru (Rujukan: M-21)
Siap...
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.