Thursday 5 September 2019

SAMSUNG PS43E400U1R Plasma TV repair

TV plasma seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.
Butang suis pada TV
Masalahnya ketika dirujuk kepada saya sama dengan yang lepas iaitu TV tidak menyala dan hanya lampu standby berwarna merah sahaja yang menyala.
Butang suis rosak
Setelah dibuka dan diperiksa, butang suis pada TV seperti pada gambar di atas didapati tidak berfungsi dengan sempurna iaitu setelah ditekan ianya melekat dan saya jangka kemungkinan spring di dalamnya telah rosak.
Bahagian belakang butang suis..
Di pendekkan cerita saya telah cuba buka dan baiki suis tersebut namun ianya tidak dapat di baiki dan harus ditukar keseluruhan suis tersebut.
Setelah dibuka penutupnya...
Setelah suis tersebut digantikan dengan yang baru, tv tersebut kini kembali beroperasi seperti biasa.
Tiada alat ganti untuk butang suis sahaja...
Selamat mencuba...

1 comment:

  1. Great article! It's important to have reliable service when dealing with electronic repairs. If you're in need of Sony TV Repair Electronic City , look for certified technicians who can handle everything from screen issues to sound problems efficiently. Getting expert help ensures your TV functions perfectly for years to come.

    ReplyDelete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.