Hari ini saya dirujuk sebuah seterika berjenama PHILIPS, Model: GC148.
 |
Jenama: PHILIPS |
Pemilik memberitahu saya bahawa wayar telah dipotong dan meminta saya menukar wayar yang baru.
 |
Model: GC148 |
Seperti biasa untuk menukar wayar tersebut kita perlu membuka penutup bahagian atasnya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
 |
Buka penutupnya... |
Biasanya saya akan memeriksa elemen pemanas terlebih dahulu bagi memastikan ianya masih elok dan bacaan rintangan ialah 51
Ω.
 |
Periksa elemen pemanasnya... (51Ω) |
Cara untuk menentukan rintangan elemen pemanas ialah seperti berikut.
- Kuasa (Power) seterika tersebut ialah 950w - 1100w
- Arus elektrik yang digunakan ialah 240v
(A) Guna formula P = IV untuk mencari nilai I (ampere)
1100 = I(240)
I = 1100/240 = 4.58A
(B) Guna formula V = IR untuk mendapatkan R (Rintangan)
240 = 4.58(R)
R = 240/4.58 = 52.4
Ω
 |
Tanggalkan klip wayar lama... |
Bacaan rintangan 51
Ω adalah hampir dengan perkiraan di atas dan memberitahu kita bahawa elemen pemanasnya berkeadaan baik.
 |
Buka klip... |
Setelah pasti seterika tersebut masih elok, maka barulah saya teruskan proses menukar wayar tersebut. Cara-caranya boleh anda lihat pada gambar-gambar di atas dan di bawah.
 |
klip telah dibuka.. |
Pastikan kesemua sambungan sama seperti asalnya dan kesemua klip dipasang dengan baik bagi mengelak sebarang kebocoran arus elektrik atau percikan api.
 |
Pasang klip pada wayar baru... |
Setelah berpuas hati kesemuanya dibaiki mengikut keadaan asalnya, saya bekalkan arus elektrik dan uji seterika tersebut. Ianya masih boleh digunakan semula.
 |
Sambung balik pada kedudukan asalnya... |
Pastikan anda membeli wayar yang dikhaskan untuk kegunaan seterika iaitu dibalut dengan fabrik cotton pada bahagian luarnya.
 |
Siap |
 |
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.