Papan litar seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di
sini. Hari ini saya dirujuk lagi sekeping papan litar yang sama dengan masalah tidak dapat dihidupkan.
|
CE-KRF32GW/I1Y(s) |
Setelah diperiksa, hanya fius 3.15A sahaja yang didapati putus. Saya keluarkan fius tersebut dan sambungkan dengan sebiji mentol 60w bagi mengantikan fius tersebut untuk diuji. Setelah di bekalkan arus elektrik, mentol tersebut menyala dan memberitahu saya bahawa ada litar pintas.
|
Litar pintas pada varistor... |
Setelah diperhati dengan teliti, varistor yang bersebelahan dengan fius tersebut kelihatan basah dan setelah dibuka kelihatan terdapat litar pintas pada papan litar akibat cecair di bawahnya. Gambar di atas menunjukkan varistor telah saya keluarkan dan dibersihkan serta dikeringkan.
|
Varistor (14D681K-M) |
Setelah kerja pembersihan siap, saya pasang kembali varistor tersebut tanpa penutupnya yang berwarna hitam seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
|
Varistor dipasang kemabali & diuji... |
Seterusnya saya bekalkan arus elektrik dan mentol yang disambung merentangi fius tidak menyala lagi. Ini memberitahu saya bahawa tiada litar pintas lagi pada papan litar tersebut.
|
Siap... |
Akhir sekali saya pasang fius 3.15A yang baru dan tutup kembali varistor tersebut dan serahkan papan litar tersebut kepada pemiliknya untuk diuji. Pemilik telah mengujinya dan boleh digunakan.
Saya berpendapat cecair yang masih tertinggal pada bahagian varistor tersebut adalah bahan kimia yang digunakan untuk mencuci penghawa dingin dan ia merupakan konduktor yang baik dan menyebabkan litar pintas.
Pastikan anda tidak basahkan papan litar ketika mencuci penghawa dingin anda.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.