Tuesday, 30 April 2024

myASNB tidak mesra pelanggan

Hujung tahun lepas (2023) pada bulan november saya telah cuba berjinak-jinak dengan pelaburan unit amanah (unit trust) seliaan ASNB.

22/04/2024

Gambar tangkap layar di atas adalah senarai unit amanah yang ditawarkan oleh ASNB namun ASN dan ASN Equity 2 hanya untuk pelanggan bumiputera sahaja.

Saya telah melabur kesemua produk unit amanah yang saya layak melalui aplikasi myASNB namun tidak semua pulangannya sama. Setakat ini, pulangan terendah ialah ASN sukuk dan diikuti ASN Sara 1 serta ASN Sara 2.

Dipendekkan cerita saya bertekad untuk jual ASN Sukuk melalui aplikasi myASNB. Masalah pertama dihadapi boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas dan di bawah.

Saya mempunyai 1980 unit ASN sukuk namun tidak dibenarkan menjual kesemuanya. Jadi saya jual 1979 unit seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Walaupun saya dibenarkan menjual 1979 unit namun transaksi gagal sebab melebihi had yang dibenarkan? Berapa had yang dibenarkan?

Rejected due to eceeding limit...

Setelah puas mencari pada aplikasi myASNB, saya jumpa syarat untuk penjualan balik seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Had maksima ialah 2,000 unit sahaja SEBULAN.

Adakah 1979 unit itu melebihi 2000 unit? Saya akhirnya menjual 1,500 unit sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Hasil jualan 1,500 unit ASN sukuk tersebut saya dapat RM1,556.25.

Setelah mendapat bayaran dari penjualan di atas, saya teringin menjual kesemua yang ada sebab pelaburan ASN sukuk kurang menguntungkan.

Saya masih ada 480 unit namun tidak dibenarkan menjual kesemuanya. Jadi saya jual 479 unit namun transaksi gagal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Rejected due to exceeding monthly limit...

Katanya sebulan boleh jual 2,000 unit tapi jumlah yang saya jual tak sampai pun 2 ribu unit (1500 + 479 = 1,979).

Saya telah menghubungi pihak ASNB dan menurut mereka 2 ribu yang dimaksudkan ialah '2 ribu ringgit' & bukan '2 ribu unit'.

Menurut mereka lagi, jika berhajat jual lebih dari had tersebut, pelanggan perlu hadir sendiri ke kaunter cawangan berdekatan.

Saya faham tujuannya baik iaitu elak penipuan atas talian namun saya berpendapat ianya tidak mesra pelanggan langsung.

Jika saya melabur RM20k, saya perlukan lebih 10 bulan untuk jual kesemuanya. Kemungkinan besar saya mengalami kerugian besar jika dalam 10 bulan itu harga saham jatuh merudum. Nak cepat kena juga ke kaunter berbaris tunggu giliran. 

Blocked due to too many retry...

Jika banyak kali 'transaction rejected' berikutan terlebih had dan sebagainya, pengguna applikasi myASNB akan disekat selama 24 jam.

Tidak semua teknologi di hujung jari itu mesra pelanggan atas alasan keselamatan. Ini contoh teknologi yang harus dielak. Nampak gayanya saya perlu ke cawangan berdekatan untuk menjual kesemua unit amanah yang ada sebelum berakhir dengan kerugian.

Renung-renungkan...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.