Sunday 21 April 2024

Astro DS830NA gagal dihidupkan

Saya telah banyak kongsikan pengalaman membaiki dekoder astro dan mungkin ramai juga telah berjaya DIY dengan berpandukan perkongsian di blog ini namun ada masalah yang memerlukan kepakaran  khusus.

Dihantar terburai...

Dekoder yang saya baiki kali ini dirujuk dari negara jiran, Brunei. Untuk pengetahuan semua dekoder ini dihantar terburai seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Heatsink pun dibuka...

Pemilik telah DIY sendiri serta mencuba semua yang telah saya kongsikan sebelum ini namun tidak berjaya. Menurut pemilik, masalahnya ialah gagal dihidupkan dan merupakan masalah yang paling banyak dirujuk kepada saya untuk dibaiki.

1.2v tiada bacaan...

Pemeriksaan awal mendapati tiada bacaan voltan 1.2v dan lokasinya telah saya labelkan pada gambar di atas.

Keluarkan PWM controller - U2900 (SC2608B)

1.2v tersebut dibekalkan dari sebiji PWM controller berlabel U2900 pada papan litar dengan nombor rujukan SC2608B.

Komponen rosak - SC2608B (PWM controller)

Selama saya membaiki dekoder astro, ini merupakan kali pertama kerosakkan yang melibatkan PWM controller.

Gantikan PWM controller baru...

Setelah PWM controller diganti dan diuji, bacaan 1.2v kembali normal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Dah ada bacaan 1.2v...

Dekoder ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula dengan hanya menggantikan sebiji komponen sahaja iaitu PWM controller.

Tested - ok

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.