Tuesday, 9 April 2024

Auto pop-up 'power off' on P311 tablet

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman dirujuk tablet model P311 dan anda boleh rujuk di sini.

Hari ini saya kongsikan satu lagi pengalaman baru sewaktu membaiki tablet seperti ini. Masalah asalnya ialah suis butang power rosak seperti pernah saya kongsikan sebelum ini.

Seperti biasa saya akan uji dengan menghidupkan tablet dahulu sebelum memulakan kerja membaiki. Tablet ini langsung gagal dihidupkan namun setelah saya sambungkannya kepada pengecas, ia sebenarnya telah kehabisan cas.

Setelah dicas sehingga kira-kira 15%, saya uji semula dan ianya boleh dihidupkan. Butang suis asalnya kadang-kadang berfungsi apabila dijolok dan saya telah gantikannya bersama 'casing' yang baru.

Setelah siap menukar suis serta 'casing' yang baru ianya berfungsi seperti biasa. Memandangkan casnya cuma 15% sahaja, saya cas semula dan ditinggalkan semalaman.

Pagi ini saya dapati skrin tablet menyala seperti boleh dilihat pada klip video di atas. Apa yang berlaku ialah paparan 'power off' berulang-ulang menyala tanpa menyentuh tablet. Biasanya 'power off' akan menyala setelah butang power ditekan berterusan beberapa saat.

Apa yang terlintas di fikiran saya ketika itu ialah kemungkinan ada litar pintas pada suis sewaktu menukarkannya.

Setelah dibuka semula dan diperiksa dengan menggunakan multimeter, tiada litar pintas pada suis dan tiada juga yang mencurigakan ditemui.

Saya pasang kembali serta uji semula tablet tersebut dan tiada lagi paparan 'power off' menyala secara automatik lagi seperti sebelumnya.

Tablet ini telah saya 'monitor' seharian dan tiada lagi masalah seperti klip video di atas berulang.

Jika anda ada masalah sedemikian, ianya boleh diselesaikan dengan hanya menanggalkan sambungan bateri ke papan litar beberapa minit dan dipasang kembali semula.

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.