Sunday 10 November 2019

Pembakaran seminggu (3/11/2019 - 9/11/2019)

03/11/2019
Gambar di bawah merupakan keadaan sebelum pembersihan dan pembakaran bermula di belakang rumah saya.
Sebelum
Pokok longan tersebut saya tanam sejak mula membeli rumah tersebut pada tahun 2005.
Selepas dahan dipotong...
Ia berbuah sepanjang tahun sebelum ini dan ramai saudara mara, kawan mahupun rakan sekerja pernah merasa buahnya.
Pembakaran bermula...
Namun beberapa tahun kebelakangan ini buahnya tidak menjadi dan saya dapati banyak semut api yang bersarang di situ dan menyebabkan ianya tidak terurus.
Ada beberapa kali saya cuba mencantas dahan yang telah menyemak namun terhenti setelah disengat semut api.
Semut api tersebut sebenarnya berhijrah dari pokok mangga jiran selang dua buah rumah dari rumah saya melalui pagar belakang rumah.
Kali ini saya bertekad untuk membunuh semut api yang bersarang di pokok longan saya.
Pada mulanya saya bercadang menumbangkan keseluruhan pokok longan tersebut namun tidak kesampaian disebabkan pokoknya yang terlalu besar.
Jadi saya terpaksa mula dengan mencantas dahah-dahan pada hujungnya. Selepas itu saya potong dahan yang besar dan bertahan sahaja apabila disengat semut api...
Bakar sehingga malam...
Setelah siap kerja mencantas, saya mulakan pembakaran dah ianya berlangsung seharian dari pagi sehingga ke malam.
Semut api kalau sengat tak pandai lepas...
Gambar-gambar di atas menunjukkan aktiviti seharian saya pada hari pertama...

04/11/2019
Pagi hari ke-2
Hari berikutnya saya sambung semula kerja pembakaran dan masukkan kesemua kayu serta daun reput untuk dibakar.
Sesuatu yang mengembirakan ialah tiada lagi semut api lagi kelihatan pada pokok longan pada pagi ke-2.
Sekarang baru saya tahu kenapa orang tua-tua dahulu membakar daun-daun kering pada pokok buah mereka. Rupa-rupanya dengan pembakaran tersebut boleh memburu atau mungkin membunuh semut api yang menjadi penyebab buah tidak menjadi...
Gelagat anjing jiran...
05/11/2019
Pagi hari ke-3
Hari berikutnya saya menyambung kerja pembakaran kayu serta daun yang hampir reput yang masih banyak...
Seperti biasa di awal pagi, keluarkan abu dan arang di dalamnya masih membara. Masukkan kayu kecil dahulu, bila api sudah menyala masukkan kayu besar.
Saya potong guna pisau potong daging saja..
Potong pendek kayu besar supaya tempat untuk membakar tidak luas dan pembakaran lebih cepat sebab ianya rapat bila disusun untuk dibakar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.


06/11/2019
Tiada pembakaran sebab hujan dan saya dipanggil untuk membaiki sebuah kipas siling. Anda boleh membacanya di sini.

07/11/2019
Hari ke-5 cuma tinggal daun serta kayu yang hampir reput untuk dibakar. Cuba bayangkan berapa banyak daun yang telah berada disitu selama bertahun-tahun...

08/11/2019


Pada hari ke-6, cuma tinggal sebatang kayu pokok longan saja yang tinggal untuk dibakar.
09/11/2019
Semua kayu telah habis dibakar dan cuma tinggal daun lama yang telah reput. Semua saya bakar dan mungkin lepas ini boleh mula bercucuk tanam...
Semua jadi abu...
Pagi ini merupakan hari terakhir kerja pembakaran sebab cuti cuma seminggu dan perlu melapor kerja di pejabat minggu hadapan.
Pindah pembakaran ke bahagian belakang
Cuti seminggu kali ini dihabiskan dengan kerja pembersihan belakang rumah sahaja dan amat menyeronokan seperti zaman kanak-kanak hampir 40 tahun yang lepas ketika tinggal di kampung...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.