Wednesday 24 March 2021

ETATRON DLXB-MA/AD analog manual dosing pump repair

Sehari sebelum saya menjalani kuarantin kes suspek CoVid-19, saya dirujuk 2 buah 'analog manual dosing pump' berjenama ETATRON, Model: DLXB-MA/AD dengan masalah langsung tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

Jenama: ETATRON

Menurut pemilik, kedua-dua pam tersebut rosak pada masa yang sama iaitu setelah mengalami beberapa kali bekalan elektrik terputus yang berulang dalam masa yang singkat.

Model: DLXB-MA/AD

Setelah dibuka dan diperiksa, komponen pertama yang saya temui rosak ialah fiusnya dengan nilai 1A dan telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Komponen rosak...

Seperti biasa, jika fius putus kita haruslah mencari punca menyebabkan fius utamanya putus dan pemeriksaan menyeluruh menemui sebiji varistor berlabel S14K275 mengalami litar pintas.

Fius 1A

Saya mengalami masalah alat ganti untuk varistor S14K275 dan digantikan dengan 14D430. Walaupun nombor rujukannya berbeza namun kemampuannya sama iaitu bersaiz 14mm dan voltan maksima ialah 275vac.

Varistor S14K275

Kedua-dua 'analog manual dosing pump' di atas mengalami masalah yang sama dengan kerosakkan komponen yang sama iaitu:-

  1. Fius utama 1A putus
  2. Litar pintas pada varistor S14K275
Siap...

Setelah komponen yang rosak diganti serta diuji, kedua-dua 'analog manual dosing pump' di atas berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Testing... (lampu hijau menyala)

Fungsi varistor ialah sebagai keselamatan dan jika bekalan elektrik melebihi had kemampuannya ia akan mengalami litar pintas dan seterusnya menyebabkan fius putus.

Varistor rosak - litar pintas

Biasanya varistor akan meletup jika rosak namun ini merupakan kali pertama saya terjumpa varistor rosak yang masih kelihatan elok.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.