Thursday 27 February 2020

SHARP microwave oven repair

Ketuhar gelombang mikro (microwave) seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.

SHARP R854AST microwave

Pemilik memberitahu saya bahawa masalahnya ialah ianya boleh dihidupkan namun ada pericikan api apabila digunakan.

Thermal fuse putus...

Jangkaan awal saya ialah masalahnya sama dengan microwave yang lepas iaitu kerosakkan pada 'mica plate' namun setelah diperiksa, tiada kerosakkan pada 'mica plate'.

Magnetron cap rosak...

Setelah dibuka dan diperiksa, berikut adalah kerosakkannya dan anda boleh melihat pada gambar-gambar di atas dan di bawah:-

  1. Thermostat putus (KSD210 180)
  2. Magnetron cap rosak
  3. Turntable coupler pecah
  4. Litar pintas pada HV transformer
Turntable coupler pecah...

'Turntable coupler' yang pecah tidak dapat dibaiki dan harus ditukar dengan yang baru.

gantikan 'turntable coupler' yang rosak dengan baru...

Pada mulanya saya tidak tahu HV transformer juga rosak dan hanya diketahui setelah membekalkan arus elektrik serta diuji.

Litar pintas pada HV transformer...

Ketika diuji, transformer tersebut mengeluarkan asap putih dan sangat panas bila disentuh walaupun hanya diuji kira-kira 5 saat sahaja.

Gantikan transformer baru...

Setelah kesemua kerosakkan di atas ditukar dan diuji semula, microwave tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan.

Siap...

Untuk pengetahun semua, microwave tersebut tidak dilengkapi dengan HV fuse.

Tested - ok

Selamat mencuba...

4 comments:

  1. Tuan, kalo microwave tiada hv fuse, ade kelemahan x? Atau pun kita boleh potong wayar tersebut dan letak hv fuse cara modify. Terima kasih atas balasan tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fius HV akan putus jika ada litar pintas atau kerosakkan pada bahagian HV dan saya tidak pasti kenapa ada mikrowave yang tidak dilengkapi dengan HV fuse. Transformer di atas rosak sebab ianya tidak dilengkapi dengan HV fuse dan ianya sangat mahal untuk di baiki. Mikrowave ini sebenarnya ada HV fuse tetapi telah dibuang oleh mereka yang membaiki sebelumnya. Untuk keselamatan, potong wayar yang disambung kepada HV transformer dan sambungkan sebiji HV fuse.

      Peringatan, HV fuse tidak sama dengan fuse biasa.

      Delete
  2. Terima kasih atas nasihat tuan. Baru2 ni, sy telah buka sebuah Microwave Sharp yg lebih 9 tahun usia utk tujuan pemeriksaan dan didpti tiada HV fuse langsung {ataupun tersembunyi?). Rangka nya tidak pernah dibuka sejak beli dan tidak pernah diperbaiki. Sy boleh hantar gambar utk imbasan tuan kalo sudi. Email sy dari boigamaniac@gmail.com

    ReplyDelete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.