Kali ini saya kongsikan pengalaman membaiki adapter yang digunakan untuk DVR (digital Video Recoder) dengan masalah ada output 12v tetapi tidak dapat digunakan.
 |
Model: PDN-60-03A |
Apabila saya uji adapter tersebut, lampu hijaunya menyala namun setelah disambung kepada DVR, lampu indikator tersebut terus padam.
 |
Setelah penutup dibuka... |
Masalah sedemikian adalah disebabkan kerosakkan pada kapasitor yang merupakan komponen 'wear & tear' pada setiap adapter. Biasanya DVR tidak pernah dipadam setelah dipasang dan jika anda bernasib baik kemungkinan ianya boleh bertahan kira-kira 3 hingga 5 tahun. Jika anda dibekalkan adapter murah dan tidak berkualiti, ianya kadang-kadang hanya mampu bertahan kira-kira 1 hingga 2 tahun sahaja.
 |
Komponen yang rosak... |
Setelah saya periksa adapter tersebut, komponen yang didapati rosak adalah seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.
 |
Testing... |
Setelah kesemua kapasitor yang rosak ditukar dan diuji, adapter tersebut kini masih boleh digunakan semula.
 |
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.