Wednesday 26 February 2020

ALLEN&HEATH GL2400 dual-function live sound mixer repair

Kemarin saya dirujuk sebuah mixer buatan China berjenama ALLEN&HEATH, Model: GL2400. Anda boleh rujuk spesifikasinya di sini.
ALLEN&HEATH DL2400
Mixer tersebut nampak canggih dan ini merupakan kali ke-2 saya membaiki mixer. Mixer pertama yang telah saya baiki berjenama YAMAHA dan anda boleh membacanya di sini.
PSU (Power supply unit)
Masalah mixer ini ketika dirujuk kepada saya ialah ianya tidak berfungsi langsung walaupun arus elektrik telah dibekalkan dan jangakaan awal saya ialah masalah pada PSU (power supply unit) yang gagal berfungsi.
PSU takda kipas...
Ketika membukanya saya ternampak sesuatu yang jarang kelihatan iaitu wayar bumi (E) menggunakan warna merah seperti boleh dilihat pada gambar di atas. PSU tersebut juga tidak dilengkapi dengan kipas.
Setelah penutup PSU dibuka...
Setelah PSU dibuka dan diperiksa, saya hanya menjumpai sebiji perintang 470kΩ (kuning/ungu/kuning) yang putus dan dilabelkan sebagai R13 pada papan litar.
Perintang 470kΩ putus...
Dalam masa yang sama saya juga mendapati sebiji IC yang berhampiran tidak mempunyai sebarang nombor rujukan seperti yang telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Keluarkan perintang yang putus...
Tidak dapat dipastikan sama ada IC tersebut masih elok atau sebaliknya disebabkan tiada nombor rujukan dan pemeriksaan pada kesemua terminalnya tidak menemui sebarang litar pintas.
Gantikan perintang 470kΩ yang baru...
Jadi, saya terpaksa menukar perintang berlabel R13 yang putus dahulu dan menguji PSU tersebut.
Made in China

Sesuatu yang agak menggembirakan saya ialah mixer tersebut kembali berfungsi hanya dengan menukar sebiji perintang 470kΩ sahaja.
Testing...
Terlintas juga difikiran saya jika IC yang berhampiran dengan perintang R13 tersebut rosak, bagaimanakah saya mencari alat gantinya tanpa sebarang nombor rujukan?
Tested - ok
Selamat mencuba...

1 comment:

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.