Thursday 20 February 2020

Shopee delay again shipment from China due to COVID-19 outbreak

Semalam saya ada kongsikan keadaan semasa di tanah besar China melalui gambar berikutan wabak COVID-19 dengan tajuk ONE PERSON CITY (一个人城市)
1. Ketika tempahan dibuat (16/1/2020)
Hari ini saya kongsikan pula sesuatu yang mungkin boleh menunjukkan tahap bahayanya COVID-19 di tanah besar China.
2. 1st delay (6/2/2020 to  11/2/2020) - 5 days
Sebahagian daripada gambar-gambar ini telah saya kongsikan pada artikel dahulu dan anda boleh membacanya di sini.
3. 2nd delay (11/2/2020 to 18/2/2020) - 1 week
Pada artikel lepas, barangan yang telah saya tempah pada 16/1/2020 telah ditunda penghantarannya ke 18/2/2020 dan apa yang berlaku selepas itu ialah saya terpaksa melanjutkan 3 hari tambahan berikutan pada 18/2/2020, mereka masih belum menghantar tempahan saya lagi.
extend 3 days - 21/2/2020
Gambar di atas menunjukkan saya telah melanjutkan 3 hari tambahan tempoh jaminan dan ianya akan berakhir pada 21/2/2020 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
4. extended shopee guarantee - 3 days
Apa yang berlaku pada hari berikutnya ialah, pihak shopee telah melanjutkannya selama 2 minggu lagi ke 02/03/2020 tanpa memberitahu kita.
5. 3rd delay (18/2/2020 to 02/03/2020) - 2 weeks
Saya berpendapat bahawa tahap bahaya COVID-19 di tanah besar China kini sangat kritikal sehingga sistem penghantaran (courier) masih belum kembali beroperasi lagi dan gambar-gambar yang saya kongsikan semalam di sini menunjukkan situasi sebenar terkini iaitu bandaraya dikunci ataupun darurat.

Tidak lama lagi seluruh dunia akan menghadapi gelombang kenaikan harga barangan disebabkan tidak mendapat bekalan yang murah dari tanah besar China selagi COVID-19 belum reda dengan vaksinnya.

Harga barangan jika dah naik, jarang yang turun walaupun keadaan telah pulih sepenuhnya.

Kerajaan kita tahu akan bahaya wabak COVID-19 namun demi kesejahteraan sejagat terpaksa mententeramkan kita agar tidak membuat pembelian panik kerana banyak keburukan daripada kebaikan.

Ada juga kemungkinan suspek wabak COVID-19 di negara kita cuma influenza biasa dan mempunyai simptom yang serupa dengan wabak COVID-19 di tanah beasar China namun sebagai langkah berjaga-jaga, mereka terpaksa dikuarantin dan setakat ini majoriti sembuh serta tiada kematian sedangkan angka kematian di negara China setakat ini telah melebihi 2000 orang.

Apa pun, sediakan payung sebelum hujan mulai sekarang...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.