All sharing are based on my personal experience. Your comment will be attended within 24 hours. Cheers!
Wednesday, 12 February 2020
SONY WALKMAN radio cassette WM-F2015 repair
SONY WALKMAN ini milik saya lebih 30 tahun yang lepas iaitu ketika di bangku sekolah menengah lagi. Saya tamat sekolah menengah tingkatan 6 atas (Upper Six) pada tahun 1989 dan setelah itu ianya telah disimpan dan tidak pernah digunakan disebabkan 'earphone'nya telah rosak dan tidak ditemui lagi.
SONY WALKMAN
Baru-baru ini ketika membuat kerja mengemas sempena menyambut tahun baharu cina, saya menemuinya di dalam salah satu kotak di dalam stor. Saya telah berpindah beberapa kali dan banyak barangan yang saya guna dahulu telah dilupakan begitu sahaja namun saya tidak membuangnya.
Model: WM-F2015
Ketika ditemui dan diuji, ianya masih boleh bersuara dengan menggunakan 'earphone' telefon pintar untuk mendengar siaran radio FM sahaja namun bahagian kasetnya tidak berfungsi.
Setelah penutup belakang dibuka...
Setelah dibuka dan diperiksa, saya dapati tali sawat yang disambung kepada bahagian motor telah rapuh dan hancur seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Tali sawat hancur...
Nasib agak baik meyebelahi saya apabila masih boleh mendapatkan tali sawat yang baru dengan harga RM2.00 setiap satu.
Gantikan tali sawat yang baru...
Gambar di atas menunjukkan bahagian yang melibatkan tali sawat telah saya bersihkan dan gantikan tali sawat dengan yang baru.
Masukkan kaset...
Setelah diuji, ianya masih berfungsi seperti 30 tahun yang lalu dengan kos RM4.00 sahaja.
Tested - ok
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.