Sunday 8 April 2018

Baiki power supply 110VAC - SIGMA

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki transformer/power supply dengan menggunakan bekalan elektrik 110VAC. Kegunaan power supply ini ialah pada lift berjenama SIGMA. Ianya membekalkan 5VDC & 15VDC.

Masalah power supply ini ketika dirujuk kepada saya ialah lampu led berkelip-kelip dan bekalan elektrik tidak berterusan. Bekalan 5V & 15V hanya terjana ketika lampu led menyala dan lampu led hanya menyala kira-kira sekali dalam 2 saat.
Power Supply menggunakan 110VAC
Ketika dibuka, tiada tanda-tanda kerosakan yang boleh dilihat dengan mata kasar. Fius juga berada dalam keadaan baik & cuma bekalan output tidak berterusan.
Setelah dibuka penutup bahagian atas
Setelah diperiksa secara menyeluruh, hanya sebiji kapasitor 47uF/50v yang ditandakan dengan anak panah pada gambar di atas yang mempunyai nilai yang berkurangan melebihi 10%. Ketika diukur dengan meter, bacaan menunjukkan 41.6uF sahaja seperti pada gambar di bawah.
kapasitor 50v 47uF harus ditukar
Setelah diganti & diuji, lampu led pada power supply tersebut tidak lagi berkeli-kelip & setelah diukur dengan meter, bacaan 5VDC & 15VDC berterusan dan tidak terputus-putus seperti ketika baru dirujuk kepada saya.
5.03VDC

15VDC
Untuk makluman, power supply moden iaitu 'switching mode power supply' seperti di atas amat lah sensitif jika kapasitor mengalami masalah dan majoriti boleh dibaiki dengan menggantikan kapasitor sahaja.

Selamat mencuba...

2 comments:

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.