Saturday 21 April 2018

Masalah TV LG padam sendiri

Hari ini saya kongsikan satu lagi pengalaman baru yang semua pemilik TV perlu tahu.

TV yang saya maksudkan berjenama LG, 29 inci.

Masalah TV tersebut ialah ia akan padam sendiri setelah beberapa ketika dihidupkan dan dalam keadaan mode 'standby'. Ianya boleh dihidupkan semula dengan remote control dan akan kembali ke mode 'standby' semula setelah seberapa ketika.

Jika anda mengalami masalah sedemikian, ianya bukan kerosakan pada TV tersebut tetapi hanyalah mengalami masalah setting dan anda boleh memperbetulkannya sendiri seperti pada gambar di bawah:-

1. tekan butang 'mode' pada remote control
2. kemudian pilih 'time'
3. dan pilih 'auto sleep'
4. tukarkan 'auto sleep' dari 'on' ke 'off'

Itu sahaja, selamat mencuba...
Ubah 'auto sleep' dari 'on' ke 'off'

lepas tukar ke 'off' tekan butang 'mode' dan kembali ke skrin asal..

2 comments:

  1. Tq..saya baru beli TV Toshiba dalam 2 minggu lebih. TV terpadam sendiri tengah tengok TV. Kalau betul hanya setting. Alhamdulillah, risau sebab lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TV baru tu, kalau ada masalah buat aduan kat penjual dan tuntut 'warranty'.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.