Ini pengalaman pertama saya membaiki kamera litar tertutup (CCTV) berjenama CNB.
Masalah kamera cctv ini ketika dirujuk kepada saya ialah tiada imej dihasilkan oleh kamera cctv tersebut.
 |
Kamera litar tertutup berjenama CNB |
Seperti biasa, jika kita ingin membaiki sesuatu kita haruslah membukanya terlebih dahulu dan gambar berikut merupakan pandangan dalam kamera cctv.
 |
Pandangan dalam setelah penutup dibuka |
Setelah diperiksa secara menyeluruh, hanya sebiji kapasitor sahaja yang menyebabkan kamera cctv tersebut tidak berfungsi seperti ditanda dengan anak panah seperti pada gambar di bawah.
 |
Salah satu papan litar yang bermasalah |
Kapasitor 470uF/16v tersebut setelah diuji dengan meter hanya mempunyai bacaan 304uF saja.
 |
kapasitor 470uF dengan bacaan 304uF sahaja |
 |
Gantikan kapasitor yang rosak |
Setelah kapasitor tersebut diganti, kini kamera tersebut kembali berfungsi seperti biasa.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.