Sebelum ini pernah membaiki PSU (power supply unit) seperti ini dan anda boleh mambacanya di
sini.
|
SIGMA elevator PSU |
Pemilik memberitahu saya ianya rosak dan tidak boleh digunakan. Apablia saya mengujinya, ianya langsung tidak menghasilkan output dan lampu indikator berwarna hijau juga tidak menyala.
|
Model: OTIS50E-EE |
Setelah dibuka, saya dapati bahawa PSU ini pernah saya baiki sebelum ini dan kapasitor 330uF, 50v telah saya ganti seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
|
Komponen yang rosak... |
Kali ini komponen yang rosak ialah kapasitor utama iaitu 270uF, 200v dan juga telah saya tandakan pada gambar di atas.
|
Keluarkan komponen yang rosak... |
Kerosakkan kapasitor utama tersebut boleh dilihat dengan mata kasar seperti pada gambar di atas iaitu kembung dan bocor pada bahagian belakangnya.
|
Gantikan komponen yang baru... |
Tiada komponen lain yang saya jumpai rosak dan setelah kapasitor utama tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, ianya telah berjaya dibaiki dan masih boleh digunakan.
|
Testing... |
PSU ini menghasilkan 5V, 15v & -15v seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di bawah dan harus diingat ianya menggunakan bekalan 110vac dan bukannya 240vac.
|
5v |
Pastikan anda guna 110vac untuk menguji PSU tersebut dan pastikan juga semua outputnya betul iaitu 5v, 15v & -15v.
|
15v |
Saya mendapatkan bekalan 110v dari "shaver socket" yang membekalkan 115/240v
untuk menguji PSU tersebut. Ukur menggunakan multimeter dahulu untuk kepastian
(110v) sebelum menyambungkannya kepada PSU.
|
-15v |
Selamat mencuba...
Berapa nilai resistor R2?,kondisi terbakar
ReplyDelete51Ω (hijau,coklat,hitam,emas)
Delete