Wednesday 24 June 2020

DS830NA Astro NJOI decoder repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah dekoder Astro NJOI dengan masalah biasa iaitu tidak boleh dihidupkan.
Dekoder astro NJOI
Seperti biasa saya buka dan periksa serta gantikan komponen yang didapati rosak. Anda boleh membaca semua artikel berkaitan dengan dekoder astro yang pernah saya baiki di sini.
standby...
Hampir kesemua punca kerosakkan adalah sama dan jika saya ulang artikel yang sama sudah tentu ianya amat membosakan anda.
switch on...
Hari ini saya kongsikan satu dekoder astro NJOI yang telah lama rosak dan setelah saya baiki dan diuji, kejadian yang berlaku ialah hanya satu channel sahaja yang ada suara tetapi tiada video (gambar) seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Ada suara tapi takda video (gambar)...
Channel yang saya maksudkan ialah C601. Apabila saya padamkan dekoder dan cuba semula, ianya terus menjalani proses 'Software update' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Software Update...
Setelah selesai proses 'software update' ianya kembali semula ke skrin asal channel C601 dan masih sama iaitu ada suara tetapi tiada video seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
masih ada suara tetapi tiada video...
Ini adalah disebabkan jika anda telah lama tidak menonton astro NJOI anda, pihak astro akan menghentikan siaran kepada anda dan apa yang harus anda lakukan ialah menghubungi mereka untuk penyambungan siaran semula dengan percuma.
Jadi, jika anda baru memasang dekoder astro dan belum menerima siaran ataupun telah lama tidak menonton astro, cara untuk memastikan dekoder anda masih elok ialah pilih channel C601. Jika ada suara dan tiada video, maksudnya pemasangan adalah elok dan belum diaktifkan oleh pihak astro.
Hubungi pihak astro untuk terus menonton jika mengalami masalah seperti di atas.

Selamat menonton.

5 comments:

  1. Gambar cantik,tetapi HDMI tiada suara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu mula-mula baru ada channel HD, astro tak bagi njoi guna HDMI.

      Cuba tanya astro ada masalah setting tak. Kalau semua ok dan tetap takda suara, guna cable RCA je la...

      Delete
  2. Sent the decoder to me, i'm in miri, sarawak.

    ReplyDelete
  3. Hi,nak tanya..kalau xdapat masuk kn kad sim sepenuhnya ke dalam dekoder,sebab apa ya?dkat dalam dekoder tu macam ada sesuatu yg keras

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin
      1. kad tidak sekata/bengkok
      2. pin pada kad reader telah bengkok
      3. ada bendasing dalam kad reader

      Kena buka dan periksa baru tahu.

      http://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2020/10/masalah-card-reader-astro-ds830na-s1.html

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.