Thursday 18 June 2020

Penipuan atas talian (scammer) - 1800-884-0626

Di zaman yang serba moden ini dengan kecanggihan IT di hujung jari, kita sering mendengar kes penipuan atas talian dilaporkan dan berlaku saban hari.

Hari ini saya kongsikan satu percubaan menipu di atas talian yang berlaku pada saya baru-baru ini.
SMS yang meragukan...
Saya ada menerima satu pesanan ringkas (sms) dari bank mengatakan bahawa sejumlah wang telah dipotong daripada kad untuk pembelian atas talian dan meminta saya menghubungi mereka melalui talian bebas tol seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Kebetulan saya memang ada akaun di bank tersebut (CIMB) iaitu akaun simpanan dan juga pernah memiliki kad kredit namun telah lama tidak dapat digunakan dan anda boleh membacanya di sini.

Saya juga tidak mempunyai kad ATM untuk akaun simpanan saya di bank tersebut.
invalid number -18008840626
Jadi, saya pun telefon nombor bebas tol yang diberikan itu dengan tujuan untuk menafikan transaksi tersebut. Saya mulai panik apabila mendapati nombor yang saya dail itu tiada dalam perkhidmatan.
Ramai yang dapat sms yang sama...
Kemudian rakan saya juga ada menerima sms yang 100% sama seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan perbezaannya dengan sms yang saya terima ialah nombor telefon si penghantar.

Sebelum ini saya juga pernah membeli atas talian di SHOPEE dan untuk mengesahkan pembelian, pihak bank akan menghantar sms kepada kita seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Nombor OTP (one time password) harus dimasukkan ketika membuat pengesahan pembelian.
OTP = One-Time-Password
Jika dibandingkan sms dari pihak bank dengan sms 'scammer' di atas, perbezaannya ialah:-
  1. Pihak bank tidak menggunakan telefon bimbit untuk menghantar sms kepada kita.
  2. Pihak bank tidak menyuruh kita menelefon kepada mereka.
  3. sms dari pihak bank meminta kita membuat pengesahan dengan memberi nombor OTP untuk mengesahkan pembelian atas talian dan bukannya terus memotong wang dari akaun kita.
Jika anda ada menerima sms seperti pada gambar pertama di atas, jangan layan sebab ia bukan dari pihak bank tetapi dari sindiket penipuan.

Sekian, harap maklum...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.