Sunday, 5 January 2020

Service Tax - Kad Kredit

Beberapa tahun yang lepas saya ada memiliki sekeping kad kredit yang dikeluarkan oleh CIMB dan diberikan secara percuma tanpa sebarang caj pada ketika itu.
Kena caj Service Tax - RM25
Setelah beberapa tahun menggunakan kad kredit tersebut tanpa masalah, pada suatu ketika pihak CIMB telah memberitahu saya bahawa pihak mereka akan menaiktarafkan kad kredit mereka kepada kad kredit yang lebih baik iaitu mengandungi nombor PIN.

Mereka berjanji akan mengirimkan kad kredit yang baru kepada saya namun berakhir dengan kad kredit tersebut tidak dapat digunakan lagi setelah tamat tempoh yang ditetapkan.
Tak dapat 'waive'...
Ketika kad kredit tersebut tidak dapat digunakan, saya mempunyai wang lebihan sebanyak RM15.66 hasil daripada terlebih bayar sebelumnya.

Oleh kerana kad tersebut diberi secara percuma dengan tanpa sebarang caj, saya biarkan sahaja sehingga kad kredit tersebut tamat tempoh (expired) dengan harapan akan digantikan dengan kad kredit yang baru.

Aduan kepada BNM...

Nasib tidak meyebelahi saya apabila saya dicaj sebanyak RM25.00 pada bulan april tahun lepas seperti boleh dilihat pada gambar pertama di atas.

Saya mengadu kepada pihak CIMB mengenai masalah di atas dan tidak berpuas hati dengan caj RM25.00 tersebut dengan alasan mereka tidak memberi perkhidmatan kepada saya.

Untuk makluman semua, setelah kerajaan BN dijatuhkan oleh kerajaan PH sekarang, service tax telah diperkenalkan dan semua pemegang kad kredit diwajibkan membayar RM25.00 setiap tahun.

Aduan saya tidak dilayan oleh pihak CIMB dan mereka bertindak memberhentikan terus kad kredit tersebut serta tidak mahu mengembalikan wang lebihan saya sebanyak RM15.66 tersebut. Begitu juga dengan penyata akaun yang turut lenyap dan tidak di e-mail kepada saya lagi selepas itu...
Pengesahan automatik BNM...
Berbekalkan alasan tiada perkhidmatan diberikan kepada saya, saya mengadu kepada Bank Negara Malaysia (BNM). Setelah seminggu aduan dibuat, pihak CIMB telah menelefon saya untuk mendapatkan maklumat tambahan dan saya memberitahu apa yang saya lalui seperti di atas.

Bagi membuktikan yang mereka tidak memberikan perkhidmatan kepada saya, berikut merupakan alasan saya berikan kepada mereka:-
  1. Saya tidak menerima kad kredit baru seperti yang dijanjikan
  2. Tiada sebarang transaksi selepas kad lama tidak dapat digunakan
  3. Tiada rekod kad baru telah diaktifkan. Jika benar saya ada menerima kad yang baru, saya perlu mengaktifkan (ativate) kad kredit yang baru sebelum ianya boleh digunakan.
Tindakan BNM...
Seminggu selepas itu, pihak CIMB telah menelefon kembali kepada saya dan memberitahu saya bahawa pihak mereka akan mengembalikan wang lebihan saya sebanyak RM15.66 tersebut dan saya meminta mereka mengkreditkannya ke dalam akaun simpanan saya.
Refunded...
Penyata akaun yang telah lama tidak dikirim kini tiba-tiba muncul semula seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Limit yang dahulunya RM7,000.00 kini telah jadi RM2,000.00.

Nampaknya selepas ini saya terpaksa menghantar e-mail untuk batalkan kad kredit yang tak kunjung tiba bertahun-tahun lamanya bagi mengelak dicaj RM25 cukai perkhidmatan (service tax) semula...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.