Saturday, 4 January 2020

KRX0502000 adapter repair

Semalam saya dirujuk berpuluh biji adapter/transformer 5v untuk di baiki. Banyak adapter seperti ini telah saya baiki sebelum ini dan tidak semua berbaloi untuk dibaiki.
Adapter...
Jika kerosakkan melibatkan IC (integrated circuit) biasanya saya tidak baiki sebab harga IC kadang-kadang lebih mahal daripada membeli adapter yang baru. Jika pemilik nak juga saya baiki atas sebab nilai sentimentalnya,  saya baiki juga...
Model: KRX0502000
Dalam banyak-banyak adapter tersebut ada sebiji yang saya rasa tercabar ketika membaikinya. Tidak diketahui apa jenamanya namun tertera modelnya iaitu KRX0502000 seperti boleh dilihat seperti pada gambar di atas.
Setelah dibuka...
Masalah adapter ini ialah tidak menghasilkan output 5v dan pemeriksaan awal pada komponennya hanya menemui sebiji kapasitor utamanya 10uF, 400v rosak dan perlu di ganti.
Kapasitor utama ditukar...
Setelah kapasitor utamanya saya tukar dan diuji, adapter tersebut masih tidak menghasilkan output 5v.
'Cold solder joint'
Jadi saya terpaksa membekalkan arus elektrik kepada papan litar dan periksa pada bahagian bawah papan litar menggunakan voltmeter. Akhirnya saya menemui satu 'cold solder joint' seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas.

Paterinya telah saya buang seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan apa yang perlu dilakukan ialah membersihkan bahagian yang ingin dipateri dan pateri semula.
Setelah dipateri semula...
Gambar di atas menunjukkan bahagian 'cold solder joint' telah saya bersihkan serta pateri semula dan setelah diuji, kini adapter tersebut kembali menghasilkan output 5v semula.
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.